Search This Blog

Welcome to my new blog!

Saturday, February 11, 2017

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. 
Terima kasih diucapkan kepada pengunjung setia blog LZ dan Followers blog Whatever Apa-Apa Sahaja.. 

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Welcome to My New Blog!"..
Mari ikuti kisah disebalik blog ini..


Blog Baharu 


Mengapa saya tukar blog? - Bersempena tahun 2017 ni (sementara masih awal baru bulan February kannn), saya bercadang untuk memulakan langkah baru.. Sebenarnya banyak perkara dalam hidup perlu saya ubah, semestinya dari baik kepada lebih baik. Jadi dari segi berblogging juga, saya mengambil langkah drastik, pertama mengubah url blog. url blog sebelum ini agak 'main-main' (macam perangai kanak-kanak dewasa)  jadi saya ubah ke url yang lebih matang dan general selari dengan usia saya tahun ini yang akan masuk ke-39 tahun. Alamak pecah tembelang!

Apa jadi blog lama? - Blog lama tidak akan terdapat sebarang post baharu. Bermula hari ini, post saya akan bersambung di sini dan bila sudah tiba masa nanti saya akan disable blog lama tersebut. Bila waktu yang sesuai blog lama akan ditamatkan perkhidmatan..

Apa konsep Blog ini? - Blog ini masih mengekalkan konsep lama iaitu lifestyle, beauty, fashion, hobbies, food, travel, fun dan sebagainya.. It's about life..

"A lifestyle blogger writes, creates, and publishes (multi)media content on various aspects of their daily lives." 
- petikan dari website mediakix.com

Mengapa "Lady In Red Planner"? - Blog ini diberi nama "Lady In Red Planner" iaitu menggambarkan diri saya yang mempunyai sebuah planner berwarna merah. Dalam planner merah (red planner) tersebut mencatatkan semua perancangan dalam kehidupan saya setiap hari seperti tugas di pejabat, urusan rumahtangga, hal kewangan, catatan kehidupan, keagamaan dan sebagainya. Planner merah itu merupakan salah satu benda yang saya sayang dan boleh dianggap sebahagian dari hidup saya. Jadi boleh katakan blog ini membawa maksud : seorang wanita bersama planner merahnya.. :-)

Cabaran utama blog baharu? - Cabaran utama sudah pasti mencari follower baharu. Jadi saya mengharapkan follower lama blog Whatever Apa-Apa Sahaja sudi singgah dan follower blog ini. Blog saja yang berubah, tuan blog masa sama seperti dahulu, hehehe

Apa yang menarik? - In shaa Allah blog baharu, semangat pun baharu.. Banyak perkara menarik dalam perancangan blog baharu ini. Saya bercadang akan buat lebih banyak giveaway, menyertai dan menganjurkan segmen, lebih banyak product review & shopping haul (mungkin ada antara barang yang dibeli akan dihadiahkan kepada salah seorang commentators post berkenaan), kongsi pengalaman dan pengetahuan dalam undang-undang berkaitan. Secara ringkasnya, lebih menarik, banyak giveaway tak disangka-sangka (contoh : komen paling menarik, tops commentators, followers setia etc)  dan lebih dekat dengan followers saya.. 
Doakan semoga impian ini dapat direalisasikan..   

Apakah harapan ketika ini? - Setiap blogger mengharapkan supaya blog mereka diterima ramai. Begitu juga saya.. Saya mengharapkan agar lebih ramai followers kerana matlamat utama di samping berblogging saya dapat mengeratkan ukhuwah sesama rakan blogger. Lebih ramai kenalan lebih baik..

Link exchange - Blog ini tidak menjadikan link exchange sebagai segmen.. Jadi, sesiapa yang berminat atau sepanjang perjalanan saya berblogwalking, jika link blog saya ada di blog anda secara automatic saya akan senaraikan dalam senarai "U Follow Me, I Follow U".. Kelebihan blog yang tersenarai dalam link exchange ini semestinya diberikan keutamaan semasa berblogwalking dan sudah pasti saya akan komen post anda.. Dengan cara ini kita akan lebih rapat dan mengetahui perkembangan cerita di blog masing-masing.. 

Sekian sahaja intro blog baharu saya..  
Sudi-sudilah berkunjung dan menjadi rakan blogger kesayangan saya. 
Dengan lafaz :
 
saya merasmikan blog ini.. 
Sila tinggalkan komen pembaca sekalian, pendapat dan cadangan membina amat saya alu-alukan..
Terima kasih..


You Might Also Like

26 comments

  1. InsyaAllah sentiasa support akk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, bertuah akak dapat kenal PC walaupun melalui alam maya..

      Terharu akak, kita support each other. Terima kasih PC..

      Delete
  2. hai akak. busyra singgah blog baru akak dan follow rumah baru ni. hehe. cantik! btw teruskan bebrlogging dan semangat! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih adik manis...
      In shaa Allah, sama-sama kita support each other okay.. :-)

      Delete
  3. yeayyyy ada geng dah hehehe, selamat berblogging akak. Blog baru ni biasanya semangat dia nak menulis tu lagi kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuuuuuuuuuuu sangat dgn Syed.. memang betul.. semangat dia luar biasa hahahaha
      .
      Terima kasih support.. :-)

      Delete
  4. Hai kak LZ :) Siqah follow blog baru akak. Dan good luck akak untuk blog baru ni. Siqah suka semangat akak tau :) Bagusnya akak ada planner. Keep blogging dan keep in touch akak <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Siqah,

      Alhamdulillah sayang jugak rakan2 blogger macam Siqah..

      Thanks Siqah ;-)

      Delete
  5. Assalamualaikum kak.

    Ana follow sini juga. Semoga blog ni terus meriah dan do keep in touch in next entries. 😘😂

    P/s: bestnya ada red planner. Nanti waktu "tua" boleh duduk baca semula yang ada dalam tu kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ana Suhana,

      Akak pun doakan semoga Ana Suhana success selalu.. 😘😍

      Terima kasih sudi follow blog akak..

      Delete
  6. Singgah follow akak. Dah tukar link blog akak yang lama ke blog ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fatihah..

      Semoga kita terus menjalinkan persahabatan..

      Delete
  7. Laa kak LZ, maaflah lama tak berhubung, mai baru tahu tentang blog ni. Nanti mai ubah link dalam review planner ke blog baru ini ya. Happy blogging kak LZ. Saya masukkan Lady in Red Planner dalam bloglist Escapism saya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okay Mayy..
      Mayy tetap di hati.. Terima kasih sudi follow akak.. 😘

      Delete
  8. In Sha Allah niat yang baik-baik pasti hasilnya juga baik LZ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Terima kasih Mrs. A..😍

      Delete
  9. Tahun baru, blog pun barulah kan LZ.
    Tak kisah le, nak tukar ke hape yg penting orangnya masih sama.
    Tp rasanya leceh sikit kan sebab nak kena blogwalking banyak banyak. Kalau tidak, org tak tahu pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah semestinya Mak Nom..
      LZ skrg gigih berblogwalking cari semula kawan-kawan lama.. Risau lost contact.. 😄

      Delete
  10. Yeay launched ! InsyaAllah kita semua akn saling support antara satu same lain :) Yg mane tk elok, kt tgor elok2. Yg elok kt contohi same same :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesssss betul! Saya sokong Mek 200%.. ;-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter @ladynredplanner

Sponsor

Labels