TAHNIAH! TOP 5 COMMENTATORS | Bulan Febuari telah berlalu.. Sekarang sudah masuk minggu pertama dalam bulan Mac. Jadi sempena belated birthday saya bulan lalu, saya bercadang untuk memberi hadiah penghargaan kepada pengunjung blog ini yang rajin memberi komen. Ini merupakan rezeki kepada pengunjung setia blog ini.. 

Tahniah, Pemenang 5 Pengunjung Blog Bertuah

Senarai Top 5 Commentators blog Lady in Red Planner sejak dirasmikan pada 8.2.2017 lalu boleh rujuk di bawah:

 

Tahniah diucapkan kepada blogger Ana Suhana kerana berjaya menjadi pemenang pertama sekaligus merupakan pengunjung blog ini yang rajin memberi komen. Diikuti Seorang Syed, Ayunie Ramli (a.k.a Mek), Siqah Hussin dan Noor Azlan.. 

Saya akan menghubungi mereka melalui email. Hadiah yang dimenangi hanya akan diberitahu melalui email dan ada yang masih dirahsiakan (surprise). Walaupun tak seberapa namun ianya ikhlas dari saya sebagai tanda penghargaan sesama rakan blogger. Selain hadiah, semua yang terpilih menjadi Top 5 Commentators ini , blog mereka akan saya senaraikan dalam bloglist ini.

Kepada pengunjung lain, jangan bersedih, teruskan sokongan bersama. Anda turut berpeluang untuk memenangi hadiah untuk top commentators pada masa akan datang. Saya akan decide pada bila-bila masa dan bergantung kepada rezeki anda. Apa yang penting persahabatan yang dibina melalui dunia maya ini sentiasa berkekalan hendaknya. We support each other okay..

Tahniah sekali lagi kepada pemenang. Saya amat hargai sokongan semua rakan blogger. Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini.

Harapan saya semoga ukhuwah yang dibina akan terus berkekalan.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry.. Sekian, wasalam..


Regards,