HAPPY INTERNATIONAL WOMEN'S DAY / SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA | Hari ini merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia. Seawal pagi ini, WhatsApp saya dihujani ucapan Selamat Hari Wanita, jadi dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada rakan-rakan blogger yang dikasihi..

 
Photo credit to Google

Umum sedia maklum bahawa Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Sambutan ini  diadakan lanjutan dari hasil kajian yang menunjukkan banyak negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang mendiskrimasi wanita. Mereka berpendapat bahawa wanita seharusnya diberi hak serta peluang sama rata dalam segala bidang memandangkan mereka menggalas tanggungjawab yang berat bagi membentuk sahsiah keluarga dan masyarakat.

Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19% kes perceraian masih tertanggunh di Mahkamah Syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30% di Mahkamah Sivil disebabkan oleh kekurangan Hakim Wanita yang mengendalikan kes perceraian di Mahkamah Syariah. 

Akhir kata : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah". - H.R Muslim

Okay demikianlah perkongsian saya.. 

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,