PENIAGA ONLINE PERLU DAFTAR DENGAN SSM | Umum sedia maklum sekarang ini terdapat banyak perniagaan atas talian (online) menggunakan platform media sosial seperti Blogger, Facebook dan Instagram tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Faktor peningkatan kos sara hidup memaksa setiap golongan untuk mencari pendapatan tambahan.

Tapi tahukah pembaca bahawa perniagaan atas talian (online) wajib mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selaras dengan Seksyen 2, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).

"Individu atau peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online) wajib mendaftar perniagaan masing-masing dengan SSM sebelum tindakan penguatkuasaan dijalankan." - petikan suratkhabar Sinar Harian bertarikh 27.01.2016.

Jadi sebelum kena compound saya ingin mengingatkan rakan-rakan blogger yang juga peniaga online supaya berdaftar dengan SSM.. Jangan seperti segelintir peniaga online lain yang sudah tahu mengenai perkara ini tetapi masih mengabaikannya.

 

Walaupun peniaga hanya menjual produk kesihatan atau apa sahaja produk secara sambilan sekadar mengikut permintaan rakan-rakan dan keluarga dan tidak mengaut keuntungan yang banyak, ianya bukan satu alasan untuk tidak mendaftar perniagaan online tersebut. 

Jangan ambil mudah perkara ini kerana perniagaan online yang gagal mendaftar secara sah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000.00 di bawah Akta Syarikat 1965.

Jadi untuk terus kekal dalam perniagaan serta membina keyakinan kepada pelanggan dalam jangkamasa panjang, peniaga sewajarnya berniaga secara sah. Jangan berniaga 'takut-takut'.. Petikan dari kata-kata Kiah Propa : "Awas kome, ada yang memerhati."  

Begitulah pesanan yang ingin disampaikan..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,