Top Menu

My Precious Followers

MAJLIS 'TAEKWONDO BELT GRADING'

TAEKWONDO BELTS GRADING | Pada 22.04.2017 (Sabtu) lalu, saya dengan gigihnya keluar awal pagi untuk menghantar anak saya ke majlis taekwondo belt grading dari talipinggang putih ke kuning. Mengapa perlu ada perkataan 'gigih' di situ? Gigih disebabkan keluar awal pagi ketika orang lain cuti di tambah pula cuaca ketika itu hujan renyai-renyai dan cuaca sejuk memang sesuai untuk tarik selimut atau bermalas-malas selepas breakfast.

Al-kisah anak bujang seorang ni pemegang tali pinggang putih, masih lagi junior baru 2 bulan menyertai kelas taekwondo. Jadi selepas tempoh pelajaran tali pinggang putih tamat, dia dikehendaki menduduki ujian bagi membolehkan bertukar dari tali pinggang putih ke kuning. Setiap pelajar yang ingin beralih ke tali pinggang putih ke kuning dan peringkat seterusnya dikehendaki mengambil ujian tali pinggang taekwondo yang dinamakan penggredan (grading). Pelajar yang lulus dalam ujian grading melayakkannya memakai tali pinggang seterusnya,

Tali pinggang putih melambangkan innocent. Setiap pelajar yang menyertai taekwondo akan merasai tali pinggang putih. Ia dianggap langkah pertama apabila menyertai seni mempertahankan diri ini. Kita tidak perlu menyertai ujian untuk mendapatkan tali pinggang putih kerana ianya sebahagian daripada uniform asas taekwondo atau dipanggil Dobok.

 

Majlis dimulakan pada jam 8.00 pagi di Dewan Orangramai Taman Seremban Jaya di Seremban. Semua pelajar dikehendaki berkumpul dalam dewan dan beratur mengikut senarai nama yang disediakan.

 

Selain grading tali pinggang putih, terdapat pelajar yang memegang tali pinggang kuning hingga ke tali pinggang biru untuk grading ke peringkat seterusnya.

 

Untuk pengetahuan taekwondo merupakan Korea martial art. Kepada pembaca yang masih belum tahu hierarchy warna tali pinggang dalam taekwondo, saya terangkan serba ringkas di sini.

Tali pinggang putih : melambangkan kesucian (innocent);
Tali pinggang kuning : melambangkan bumi (earth) di mana akar bersedia untuk tumbuh menjadi sepohon pokok.
Tali pinggang oren / hijau : melambangkan tumbuhan (plant) iaitu sepohon pokok yang tumbuh di atas muka bumi.
Tali pinggang biru : melambangkan awan (sky) di mana sepohon pokok tumbuh tinggi mencapai awan. Di peringkat ini skill taekwondo sudah semakin kukuh.
Tali pinggang merah : melambangkan bahaya (danger). Di peringkat ini pelajar sudah lebih berkemahiran dan mampu menggunakan segala skill yang dipelajari.
Tali pinggang hitam merupakan tali pinggang tertinggi dalam seni taekwondo.

 

Sistem grading sedang dijalankan.

 

Seorang instructor yang dipanggil Master memakai black belt akan memberi command manakala pelajar akan menunjukkan gerak mempertahankan diri yang dipelajari berdasarkan command dari Master. Markah akan diberikan berdasarkan gerak yang betul mengikut command yang diberi.

 

Setelah selesai ujian, goody bags akan diberi, maklumlah pelajar terdiri dari kanak-kanak kena bagi imbuhan selepas menahan nervous seharian. Bila habis sesi grading, bukan saja anak rasa happy sebab bakal memakai tali pinggang kuning tapi mama juga adalah orang yang paling happy sebab dapat balik dan sambung rehat..

 

Bye..bye.. kami minta diri dulu... 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

30 comments :

  1. Bestnya kalau pandai seni taekwondo ni. Sng nk perthnkn diri kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betuk CikRenex, satu bonus andai kita dapat mempelajarinya terutama kepada kita kaum wanita..

      Delete
  2. Baru tahu tafsiran pada warna-warna tali pinggang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sis beri ilmu baharu kepada PC.. ;-)

      Delete
  3. Seronok tengok anak-anak nie berusaha..
    Bolehlah pertahankan diri nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persediaan untuk diri dia juga Sha..
      At leastt ada basic..

      Delete
  4. IQ pernah pergi untuk dapatkan tali pinggang kuning, tapi belajar setengah jalan aje....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai rugilah IQ, kenapa tak teruskan..
      Seni mempertahankan diri ni bagus kalau kita master dalam semua skill tau.. Sis minat cuma tak berpeluang,huhuhu wakilkan anak saja..

      Delete
  5. Ana dulu minat nak masuk taekwondo tp tak mampu nk beli baju. Masuk je lah puteri islam. Hehe.

    Tahniah buat anak LZ 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ana..
      Takpe impian tu boleh turunkan kepada anak..
      Biar diaorang jadi bodyguard Ana..

      Delete
  6. Rajinnya akak buat research. Kagumlah saya hehe. Dulu masa sekolah rendah pernah masuk kejap ja, lepastu kena bayar mahal untuk beli baju terus mak suruh stop. Tahniah buat anak akak yang bakal memakai tali pinggang kuning! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acah2 Blogger laa Cikgu Syed jadi haruslah buat research baru ada info, cewah. Hurrmm Cikgu Syed perli akak kannn.. Kalau dibandingkan research Cikgu Syed dgn akak, malu nak citer kena sorok muka bawah bantal tau.. Hahahaha

      By the way, thanks for your comment Cikgu Syed...

      Delete
  7. Wow.. Rindunya zaman ni... Saya dulu atlit taekwondo n instructor taekwondo utk anak2 kecik mcm ni... Skrang dah retired dari zaman taekwondo. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugilah DP tak teruskan. Tak semua orang berpeluang tau 😄

      Delete
  8. Hehe.. Bestnyaaaa belajar taekwondo! Saya ada impian nak ada sekurangnya satu lah seni mempertahankan diri. Fapi belum tercapai lagi. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okay dear Fairuz, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. In shaa Allah akan tercapai satu hari nanti..

      Delete
  9. Tahniah buat anak anak sebab dapat naik grade. Nasiblah bukan tali pinggang kaler pink hihi....

    Cucu sedara ada yg masuk tekwando sampai ke Sarawaklah bertanding punya pasal.
    Anak anak dulu ada jugak masuk tekwando ni tp sekerat jalan, tak sempat bertukar warna tali pinggang tu haha....

    Seronok je tengok gambo mama tu dah boleh senyum sampai telinga dah sebab dapat rehat hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Mak Nom.. Lega mama dia sebab selesai satu bab. Elok kalau anak-anak dapat master skill taekwondo ni terutama untuk keselamatan diri sendiri.

      Hebat cucu sedara Mak Nom, bukan mudah sampai ke tahap tu.. Cayalah!

      Delete
  10. dulu e'in belajar sampai tali pinggang merah je.. lepas tu stop sebab dah masuk asrama.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira hebat jugak E'in, bukan senang dapat tali pinggang merah tapi sayang E'in tak sambung..

      Delete
  11. anak sy pernah masuk kejap..siap beli seragam bagai..pastu huhu...xpergi dh..hurmm

    ReplyDelete
  12. Adik lelaki sy yg join taekwondo dulu time skola. Sekarang ni, dia macam dah x aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin adik NA tak minat kot..
      Rugi dia tak teruskan.

      Delete
    2. Sekarang dah minat takraw 😂

      Delete
  13. teringat dulu nak belajar seni pertahankan diri tapi last2 hangat-hangat tai ayam sebab zizie jenis malas nak turun praktis... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab praktis memang sis akui agak malas..
      Tapi kalau minat tegar mungkin kita boleh usahakan..
      Biasalah tu zizie, sis pun ada sikap camtu, huhuhu

      Delete
  14. Assalam brape lme mse yg diambil untuk dari tali pinggang putih ke hitam ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, lebih kurang 6 bulan sebab anak saya buat part time iaitu sebulan hanya 4 kali belajar. Kalau full time lebih cepat dapat tali pinggang hitam tapi bergantung juga kpd lulus / gagal semasa grading.

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

SPONSOR

Fashion

Beauty

Lifestyle

Information

Recipes

Review

Instagram @ladyinredplanner

Designed for Lady In Red Planner | Distributed By Blogger Templates