Search This Blog

APABILA NIKMAT DITARIKBALIK

Tuesday, May 30, 2017

APABILA NIKMAT DITARIKBALIK | Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca blog ini.. Hari ini saya terpaksa ambil emergency leave memantau suhu badan anak yang diserang demam panas dan muntah-muntah.. Hari pertama Arief sihat walafiat menunaikan ibadah puasa dengan penuh excited.. Malangnya selepas sahur hari kedua, dia muntah, langsung tak boleh makan disusuli demam panas melampau.. Selepas dibawa ke klinik, saya dan suami bergilir menjaganya. Lebih merisaukan pagi tadi jam 1.30 pagi dia meracau : "Mama, halau orang hitam tu banyak sangat.. Itu..itu.." sambil menunjuk ke sana sini.. Saya terkejut lantas memeluk sambil membaca surah-surah yang berkaitan untuk mententeramkannya.. Suhu badan Arief sangat panas ketika itu. Apabila keadaan sudah tenteram, dia bangun dan pergi ke bilik air untuk mandi bagi menyejukkan badan.

Saya ingat setakat itu sahaja tapi tidak..Pagi ini sekitar pukul 6.00 pagi sekali lagi dia meracau : "Mamaaaaaa, apa besar tuuuuu.. mama.. mama.. apa tu?" sambil suaranya tergetar-getar ketakutan dan menunjuk ke satu arah. Sekali lagi, saya memeluk Arief dan menyuruhnya pejamkan mata sambil mengikut saya membaca ayat Kursi dan surah-surah lazim dengan kuat. Dia hanya menurut... Apabila ditanya, dia kata tak sedar dan tak tahu langsung dia berkelakuan sedemikian...

Apabila keadaan dia reda, saya sempat meng-Google apakah simptom itu. Saya menemui jawapan di beberapa artikel yang kebanyakkan dari Indonesia dan penerangan yang diberikan lebih kurang sama. Jadi saya kongsi salah satu artikel yang lebih jelas : Mimpi Buruk Ketika Demam Panas.

Ketika entry ini ditaip, jam menunjukkan pukul 12.19 tengah hari. Keadaannya beransur baik.. Suhu panas badan semakin berkurangan, syukur alhamdulillah. Semoga anakku kembali sihat seperti sediakala.

Sambil menjaga anak, saya mengambil kesempatan membaca beberapa buah buku bagi mengalihkan fikiran dan perasaan hati untuk memadamkan rasa risau dan sedih :

 

Malangnya tidak berhasil... Saya tetap risau dan sedih.. Bila difikirkan itulah salah satu nikmat tak terhingga yang Allah kurniakan kepada kita iaitu kesihatan. Bila Allah tarikbalik nikmat itu walau sekejap, kita sudah hilang punca, hilang arah... Macam-macam perasaan 'ngeri' timbul, takut, cemas, sedih semua ada. Nampak tak betapa kerdilnya diri kita..

Ya Allah, doaku semoga aku dapat menggunakan peluang yang ada.. Aku dapat manfaatkan 5 perkara sebelum 5 perkara sepenuhnya :

 
Sumber dari Google

 Apa yang boleh saya katakan : "Alhamdulillah, syukur atas segala kurniaanMu, Ya Allah.."

Sekian, wasalam..





Regards,

You Might Also Like

26 comments

  1. Semoga cpt sihat anak sis.xpernah pulak dgr smpai mcm tu sekali. Mesti risau sangat kalau jadi dkt org trsyg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Betul Shesyira, risau sangat 😥
      Terima kasih Shesyira..

      Delete
  2. Seoga ank LZ semakin sehat.Yalah panas sangat tu agaknya sebab tu dia meracau.Apapun banyak kan baca ayat2 sebagai ikhtiar.
    Anak akak Alhamdulillah dah semakin sehat dari demamnya cuma harini belum berpuasa lgi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Saniah.. In shaa Allah Kak.. Mungkin faktor cuaca dan kurang minum air kosong..

      Alhamdulillah, semoga anak akak sihat sepatutnya. Aminnn.

      Delete
  3. Syafakallah buat anak LZ. Biasa nya kalau badan terlalu panas akan meracau. Syafi pernah kena masa di korea. Risau sangat. 2 hari tak kebah terus decide blk KL. InsyaAllah nanti dh reda panas tu ok nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Oooh Syafi pun pernah kena demam panas sampai meracau..
      Risau sangat takut jadi apa-apa kannn Ana..
      Thanks Ana..

      Delete
  4. Alahai seriau pulak baca... Moga anak LZ cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn..
      Tu larr Lea, risau LZ dibuatnya..
      Thanks dear..

      Delete
  5. Kesian bila anak2 demam .. semoga lekas sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Tak sanggup tengok kann Dalia..
      Kalau boleh biar kita yang menanggungnya..

      Delete
  6. Mudah2an Arief cepat sembuh.
    Semoga dipemudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
      Terima kasih pakcik WP..

      Delete
  7. Kesiannya bila dia mimpi bukan2.. Semoga anak sis cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
      Tu laa dear, risau sis..

      Delete
  8. SubhanaAllah.Kesian Arief.Moga segera sihat ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn, terima kasih PC.. 💕

      Delete
  9. Semuga anak cepat sembuh. Kesian bila tenguk budak-budak sakit apa lagi bila demam panas.. bahaya jika terlalu panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn..
      Terima kasih Kak notie.. Betul Kak, demam panas bahaya itu yg merisaukan saya.. 😥

      Delete
  10. Assalam..

    Allah.. sian nya anak akk. demam panas sgt sampai meracau ye. Mcm mana keadaan anak akk skrg.?
    Semoga cpt sembuh ye kak =) Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam aiNa..
      Alhamdulillah Arief dah beransur baik, suhu badan pun okay tak panas sgt spt sebelum ni. Akak suruh dia minum air kosong banyak2..

      Terima kasih atas doa aiNa.. Akak juga doakan aiNa sihat & dilindungiNya selalu 💕

      Delete
  11. Replies
    1. Aminnn​, terima kasih FS 💕

      Delete
  12. semugo anak mkcik cepat semboh., amin ya robbal alaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
      Terima kasih Wak..

      Delete
  13. Pernah juga demam panas sampai meracau time kocik dulu, sebab sy jarang sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang jarang sakit bila sesekali sakit teruk kannn NA..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter @ladynredplanner

Sponsor

Labels