23 TIPS SEBELUM BALIK KAMPUNG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog  ini. Semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu. Bahang ketibaan Syawal kian terasa.. Saya yakin you all sudah membuat persiapan Hari Raya walaupun tak sepenuhnya, malah ada juga yang sudah tiba di kampung memandangkan cuti sekolah sudah bermula di beberapa negeri sejak semalam. Di media sosial dan media elektronik pula sudah sibuk mengatakan tentang jalan jem luar biasa di sana sini.. 

Sejak Isnin lepas juga, posting tentang *Pesanan khidmat masyarakat balik kampung* melintas di newsfeed Facebook saya.. Setelah diteliti memang ada baiknya untuk saya kongsi di sini sebagai peringatan dan panduan kepada semua pembaca yang akan pulang ke kampung.


Sebelum meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa panjang, elok periksa setiap satu perkara berikut bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung selesa:

1. Cabut semua suis kat dinding except fridge.
2. Buang sampah.
3. Jangan biar baju tersidai di luar.
4. Double triple check kipas & lampu.
5. Kosongkan sinki.
6. Bawak toiletteries.
7. Pasang butang baju Melayu.
8. Pin brooch di beg.
9. Sampin
10. Charger phone.
11. Duit & sampul raya yang telah diisi.
12. Loading  semua barang-barang untuk dibawa ke kampung lebih awal, jangan  tergesa-gesa / last minute.
13. Sebelum keluar baca Al-Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah.
14. Niat nak buat solat Jamak dan Qasar.
15. Jangan kelam kabut atau marah-marah, jangan pula terlalu gembira hingga lupa diri.
16. Berlapang dada dan solat / baca doa musafir.
17. Tinggalkan rumah dengan tawakkal kepada Allah untuk menjaganya.
18. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jangan sampai tertinggal isteri/suami, hehehe
19. Top up Touch n Go kerana laluan tambah nilai sudah ditutup. Bawak Smart Tag jika ada.
20. Sentiasa kira cukup bilangan anak / jumlah penumpang, terutama selepas berhenti di RnR.
21. Jangan lupa wallet, IC, driving licence.
22. Bawa buah tangan untuk ibu bapa di kampung.
23. Doakan semoga dipertemukan Ramadhan lagi tahun akan datang.


Untuk pengetahuan, saya akan pulang ke kampung pada pagi Hari Raya pertama. Saya balik kampung di Jalan Bakri, Muar Johor. Jadi dikesempatan ini saya ingin mengucapkan, Selamat pulang ke kampung! Jaga diri dan berhati-hati semasa berada di jalanraya. Pesan kepada driver, bawa kenderaan dengan sabar dan iman. Ingat orang yang tersayang.

GILIRAN ANDA 
Balik raya mana tahun ni? Kongsilah di sini..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,