Search This Blog

JOURNAL HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Friday, June 30, 2017

JOURNAL HARI RAYA AIDILFITRI 2017 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini 6 Syawal 1438H bersamaan 30.06.2017 bermakna sudah 6 hari umat Islam menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.. So far bagaimana sambutan Hari Raya you all tahun ni? Hari Raya saya tahun ni biasa-biasa sahaja (seperti sebelum ini dan sudah dapatku jangka..).

 

PULANG KE KAMPUNG

Pada awal pagi hari raya pertama saya gerak ke kampung di Muar, Johor. Sampai sahaja di kampung terus ke rumah ibu mertuaku. Tahun ni Hari Raya pertama haruslah ke rumah ibu mertua dulu sebab tahun lepas di rumah keluargaku. Sampai sahaja lebih kurang pukul 6.30 pagi kelihatan ibu mertua dan adik ipar sedang bertungkus-lumus di dapur menyiapkan juadah pagi raya. Maka tanpa berlengah lagi saya pun menyingsing lengan, membantu mereka di dapur. Siap semua pukul 11.00 pagi.. Part ni izinkan saya membebel sikit sebab kurang gemar apabila anak-anak request nak makan macam-macam tapi semua benda buat pagi raya, tak cukup kudrat, sampai tak cukup rehat, pastu tarik muka. Kesian kat mak mertua sebab tak sampai hati hampakan permintaan anak, jadi terpaksa masak juga walaupun dari raut wajah nampak sangat penat.. yang menolong pula macam tak ikhlas, muncung memanjang.. Hurrrmmm akak tak kisah, asalkan mak mertua I okay.. Relax la tak perlu masam-masam muka pagi Raya kot, tak syok. 

Selepas keadaan di dapur reda, kami salin baju Raya sedondon, tunggu mak mertua bersiap dan kami menikmati juadah Hari Raya serta bergambar bersama.. Tak lupa juga inilah masa anak saudara saling memberi dan menerima duit raya. Bila free sikit baru dapat check WhatApp banyak sungguh mesej pending sebab coverage di kampung sangatlah teruk padahal kampungku takde la ceruk mana.. Dapat macam-macam gambar ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri tapi dalam banyak-banyak gambar yang diterima, saya suka gambar di bawah ini, creative sungguh!

 

KUNJUNG-MENGUNJUNG DI HARI RAYA

Belum sempat keluar rumah tetiba banyak pula kereta masuk ke halaman rumah ibu mertuaku. Maka ku tunggu dulu hingga mereka beredar barulah kami dapat keluar beraya mengunjungi rumah saudah-mara sebelah husband. Selesai kunjung-mengunjung jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Tiba pula masa menuju ke rumah keluargaku.. Untuk pengetahuan rumah keluargaku hanya selang 2 buah rumah dari rumah ibu mertuaku. Jadi takde masalah, tak gaduh bab giliran rumah siapa kena pergi dulu, hehehe. Malam Raya Kedua lepak rumah emak dan sambut saudara-mara sebelah keluarga saya pula.


HARI RAYA KE-2

Kumpulan Marhaban di kampung saya diadakan pada Hari Raya ke-2 setiap tahun. Apa maksud MARHABAN? Marhaban merupakan perkataan akar dari bahasa Arab iaitu 'rahiba' bermaksud 'Selamat Datang' yang diiringi lagu puji-pujian. Tujuannya untuk menyambut dan menghormati tetamu. Jadi my husband dan Arief pergi marhaban dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang sementara saya menyiapkan juadah yang akan dijamu kepada kumpulan marhaban yang berkunjung di rumah. 

Pada malam hari raya ke-3 saya ke rumah makcik di Jalan Bakri dan Jalan Temenggung Ahmad di Muar, Johor. 

HARI RAYA KE-3

Pada Hari Raya ke-3 selepas solat Zohor saya dan keluarga mertua ke rumah saudara-mara.. Kunjungan Hari Raya tahun ini disusuli dengan jemputan ke Majlis Perkahwinan adik ipar yang akan berlangsung pada 16.9.2017 nanti.  

HARI RAYA KE-4

Tiba hari raya ke-4, selesai sudah sambutan Hari Raya tahun ini di kampung. Saya kembali ke Seremban, maka mulalah rutin harian walaupun masih bercuti. Husband kena kerja itulah kisahnya kenapa saya perlu balik awal..

Perjalanan dari Muar ke Seremban berjalan lancar, alhamdulillah dipermudahkan. Tiada sebarang kesesakan lalulintas atau perkara yang tidak diingini berlaku.

 

Tiba di Melaka, ada kemalangan di laluan sebelah. Jem teruk dan hampir tidak bergerak.. 

 

Lebih kurang pukul 3.30 petang, keluar exit Port Dickson dan tak berapa lama tiba di rumah.. Cuaca panas terik ketika itu.

 

Begitulah serba-sedikit journal saya untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2017 ini. Walaupun biasa-biasa sahaja tapi terasa juga kemeriahannya. 

Bagaimana pula sambutan Hari Raya rakan maya saya? Tahun ni Hari Raya pertama balik mana? Jom share laa cerita hari raya you all, ceria sikit bila dapat tahu cerita masing-masing sebab lain tempat lain cara sambutannya.. Itu yang membuatkan saya teruja ingin tahu.. Share tau! :-)

Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada pembaca blog ini. Di kesempatan ini juga saya ingin menyusun jari, memohon maaf andai ada terkasar bahasa sehingga mengguris hati pembaca. 




Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

You Might Also Like

19 comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat LZ sekeluarga, Maaf Zahir Batin... Seronok ikut marhaban... automatik selesai beraya rumah jiran dalam satu masa....hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ juga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Tn. Noor Azlan sekeluarga.. Itulah motif diadakan marhaban kann.. Sehari cover semua rumah..

      Delete
  2. selamat hari raya LZ. oh orang muar rupanya, sekampunglah kita.untung betul kahwin dekat-dekat ni. takde masalah pikir nak balik mana.bab mintak macam-macam tu biasalah, dah mintak kenalah tolong kan..hehe. Mak saya tahun ni banyak anak-anak je yang buat, tapi bila bab rendang mesti nak air tangan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Sal..
      Oh Sal orang Muo jugak, hehehe
      Betul Sal, sebagai anak kenalah faham dan bantu juga. Signature dish mak memang tak boleh challenge Sal.. :-)

      Delete
  3. best lah marhaban.rindunya kampung.belum dapat balik sebab naik kerja cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila marhaban sibuk fikir apa nak jamu kumpulan marhaban yang datang. Mak nak bagi makan best sampai stress, hehehe
      In shaa Allah, Sal dapat juga balik kampung juga nanti.. Take care Sal..

      Delete
  4. Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Syazana..
      Maaf Zahir Batin.. :-)

      Delete
  5. Selamat hari raya LZ.. Saya minta maaf kalau ada buat lz terguris perasaan. Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri DP.. Tiada apa kesalahan DP pada saya.. Saya pun begitu, maaf zahir Batin.

      Delete
  6. Selamat Hari Raya LZ. Tahun ni lebih banyak beraya dari duk rumah. Beraya berjemaah dengan kerabat sebelah bapa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri NA.. Meriah sungguh sambutan Hari Raya tahun ni yaa.. Mesti best.. 😊

      Delete
  7. Wah meriahnya raya LZ... Seronok kalau raya dapat beraya sakan ke rumah sedara mara kan... Pape pun selamat hari raya ye LZ.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali berjumpa saudara-mara memang terasa kemeriahannya Lea..
      Unfortunately, cuti singkat terpaksa ziarah mana yang sempat..

      Delete
  8. Muo kat mana LZ? Sedarah sepusat sepusinglah kita ni rupanya yek hihi....
    Tahun ni pun saya balik Muo LZ, sampailah Raya ke 4, lepas tu esoknya baru pergi rumah mertua, Hari Jumaat barulah boleh mendobi kat rumah.... Aduhhhh penat weyh!

    Raya raya takpayahlah mintak mcm mcm kat mak tu. Kesian tau! Memanglah masakan mak yg terbest di dunia tapi simpan untuk esok esok jerlah hihi... Janji kita tak kena masak sudah ye LZ hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muar kat Jalan Abdul Rahman, Taman Bintang.. Yer Mak Nom kita boleh duk cerita tentang kampung halaman, hehehe 😁..

      Hari Raya kedua LZ kena masak Mak Nom..

      Delete
  9. mana gambo ni? Takkan rahsia kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah tanya gambo I laa Mak Nom.. I ni pemalu.. 😊

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter @ladynredplanner

Sponsor

Labels