Search This Blog

MENCARI MALAM LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN

Thursday, June 15, 2017

MENCARI MALAM LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN | Assalamualaikum semua.. Umum sedia maklum bahawa kita sedang melalui 10 malam terakhir Ramadhan.. Perasaan sayu, sedih bercampur-baur mulai timbul kerana hati saya sentiasa berbisik : "Adakah ini tahun terakhir Ramadhan ku?" Doaku agar Allah lanjutkan usiaku supaya dapat meningkatkan amalan dan menebus dosa-dosa lalu, amin..


Bilakah malam Lailatul Qadar?

Lailatul Qadar berada di 10 malam terakhir Ramadhan, tepatnya pada malam-malam ganjil dan malam yang paling diharapkan adalah malam ke-27 sebagaimana yang diriwayatkan Muslim.


Terjemahan surah al-Qadr : 1-5

1. Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. (Indeed, We sent the Quran down during the Night of Decree.)

2. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? (And what can make you know what is the Night of Decree?)

3. Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. (The Night of Decree is better than a thousand months.)

4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan roh (Jibrail) dengan  izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. (The angels and the Spirit descend therein by permission of their Lord for every matter.)

5. Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar. (Peace it is until the emergence of dawn.)

Berikut antara amalan yang sungguh praktikal untuk kita amalkan sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan:

1.  Sedekah RM1 setiap malam, jika ia jatuh pada malam Lailatul Qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 tahun.

2.  Solat 2 rakaat setiap malam, jika ia jatuh pada malam Lailatul Qadar, bermakna kita solat setiap hari selama 84 tahun.

3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap malam,  jika jatuh pada malam Lailatul Qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh Al-Quran setiap hari selama 84 tahun.

Oleh itu, masih belum terlambat untuk kita merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga kita sama-sama dapat manfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan ini, in shaa Allah...

Sekian sahaja untuk kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..





Regards,

You Might Also Like

20 comments

  1. Moga kita direzekikan untuk bertemu dengan Lailatul qadar ye LZ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

      Delete
  2. semoga dapat bertemu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Insha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

      Delete
  3. rasa teruja utk menjadi insan terpilih yg dapat merasai malam Lailatul Qadar ni..#mengharap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
      Samalah kita semua Kak Fuzy.. alangkah indahnya andai terpilih Kak.

      Delete
    2. menjengah LZ..sibuk bersiap nk beraya sekarang ni kot...selamat berhari minggu dik LZ

      Delete
    3. So sweet kak Fuzy..
      Busy kemas rumah kak, hehehe
      Semoga akak sihat & dipermudahkan segala urusan. Amin.

      Delete
  4. semoga kite semua dapat merasai malam lailatul qadar.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita E'in..
      ...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

      Delete
  5. Moga Allah teguhkan iman dan semangat kita terus istiqhomah beribadah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

      Delete
  6. Smga kita dipertmukan dgn mlm lailatul qadar

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

      Delete
  7. smoga kita sma2 mendapat pahala di malam terakhir ramadan.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

      Delete
  8. Dah nak sampai penghujung ramadhan dah.. Kejap jerk masa berlalu... moga ramadhan kali ni diberkati olehNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Lea, kejap masa berlalu..
      Aminnn semoga setiap amalan kita diterima Allah.. 💕

      Delete
  9. salam LZ..
    Ya Allah da bpe kli singgh sini tp yaya bru pasan xfollow awok lagi..
    bru follow ni..143.huhhu
    salam perkenalan awak..n selamat hari raya in advance.
    moga segla amal ibadah kita dterima Allah. Aminn ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..
      Terima kasih Cik Yaya sudi singgah dan jadi follower blog ini, really appreciate it 💕..

      Salam perkenalan dihulurkan.. Selamat Hari Raya Cik Yaya.. LZ doakan juga semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah.. Aminnn 😄

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter @PapernPlanner

Like us on Facebook

SHOPPING HERE