image1 image2 image3

HELLO I'M LZ|WELCOME TO MY BLOG|LADY IN RED PLANNER|THIS IS LIFESTYLE BLOG | HOPE YOU ENJOY READING | THANK YOU, HAVE A GREAT DAY!

RESEPI CUCUR VIRAL FOR BREAKFAST

CUCUR VIRAL FOR BREAKFAST | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini.. Siapa tahu cucur viral? Majoriti pembaca tentu tahu tentang jenis cucur ini yang sudah hangat diperkatakan. Kalah gossip hot Aliff Aziz dan Bella okay, ooopsss! Kepada pembaca yang masih belum tahu, cucur ni adalah cucur biasa namun menjadi terkenal selepas diviralkan.. Jadi cucur ini pun popular..

Pagi ini saya buat cucur ikan bilis viral sebagai bekal Arief ke sekolah dan selebihnya untuk diri sendiri.. Beginilah kejadiannya, photo fresh from my bento, hahahaha mohon jangan kecam I sebab hasil bento yang kurang memuaskan.. 

Cucur viral ikan bilis dan sambal kicap 
Sambal kicap pula hasil air tangan my husband kerana beliau arif tentang hal tumbuk-menumbuk menggunakan lesung batu..

Alang-alang bercerita tentang cucur viral, saya letak di sini resepi cucur viral mudah, sedap dan pasti menjadi.. Mungkin boleh menjadi rujukan kepada mereka yang memerlukan.


Resepi Cucur Ikan Bilis Viral Sedap

Bahan-Bahan 
2 cawan tepung gandum 
2 cawan air panas 
1 genggam ikan bilis - cuci dan tos 
1/2 bawang merah 
Secubit garam 
Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara 
Tumbuk bawang merah bersama ikan bilis hingga hancur. 
Campur semua bahan kering dalam satu bekas. 
Tuang air panas ke dalam bekas campuran bahan kering. 
Bentuk adunan menjadi bulat, saiz ikut kesukaan masing-masing.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng dalam minyak yang banyak.

Angkat bila sudah keperang-perangan.

Breakfast pagi tadi
Cucur ini boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.. Sangat mudah dan sesuai kepada mereka yang sibuk dan selalu ketandusan idea menyediakan sarapan pagi.
Selamat mencuba!


Begitulah cerita tentang cucur viral..
Terima kasih sudi baca..
Sekian, wasalam..


Regards,


Share this:

CONVERSATION

29 comments:

  1. Sedap dan mudah kan...
    Boleh juga dibuat untuk minum ptg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Saniah..
      Senang dan cepat disediakan.. 😊

      Delete
  2. Sedapnya nampak..
    Dah la tangah lapar nih...

    ReplyDelete
  3. Saya da makan tadi.. tapi lepas tengok gambar ni, saya jadi lapar balik..alahai :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai cian Rockysweety..
      Bertabahlah yer 😊

      Delete
  4. Sedapnya..petang nanti mesti cuba buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dialu-alukan CCL 😍
      Mudah dan sedap.. 😋

      Delete
  5. sedap dengan nescafe :) bulat bulat tu cam mane nk buat? ke doh mek trlampau cair sbb jadi leper je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Mek dan simple.. hehehe 😁
      Sukatan air kena sama dengan tepung baru ngam dan senang dibentuk bulat. Sis guna sudu bagi bentuk cute camtu.. 😊

      Delete
  6. Rasa ikan bilis tu yang buat nak lagi dan lagi dan lagi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PC, terasa ikan bilis kat cucur tu tambahan pula sis letak segenggam ikan bilis, hehehe

      Delete
  7. Cucur ikan bilis ni mmg faveret ai tau. Tp belum pernah buat yg viral ni. Ingat nak try jugaklah.

    Garing di luar lembut didalam ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Mak Nom, mesti lazat..
      Betul rangup di luar lembut di dalam, puas hati tau.. hehehe

      Delete
  8. ok dah terliur. nanti nak buat. nasib tak mengandung sekarang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe cian Ainniah terliur.. so cepat buat jangan tangguh2 lagi 😁..

      Delete
  9. Sedapnye mkn Pula dengan air kopi Tu fuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena sangat kannn mamapp makan pula time breakfast atau minum petang, mavellous!

      Delete
  10. perghh tengah lapau ni. nampak memang mengancam cucuq viral ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe senang dimasak, sedap dimakan.. Bebila cuba tau 😊

      Delete
  11. Replies
    1. Sedap Kak Ita 😍
      Saya letak banyak ikan bilis supaya lebih terasa..😊

      Delete
  12. Wahhh sedapnyaaaaa. Dpt makan masa hi tea memang layan ni sis. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe memang layan abis Ana 😁😍

      Delete
  13. Menu yang palin mudah dan sedap.. Boleh dimakan bebila masa.. Sambil menonton tv ataupun membaca buku.. Geng paling ohsem secawan kopi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhh memang best Sha.. Mujur cuba resepi ni, dapat juga pelbagaikan menu cucur.. 😊

      Delete
  14. kurang peka bab-bab viral ni..nasiblah orang tak main FB or Insta..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab resepi mudah boleh ambil peduli Sal, berguna masa diperlukan nanti..hehehe

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!