image1 image2 image3

HELLO I'M LZ|WELCOME TO MY BLOG|LADY IN RED PLANNER|THIS IS LIFESTYLE BLOG | HOPE YOU ENJOY READING | THANK YOU, HAVE A GREAT DAY!

KISAH BENAR DI BOH SG. PALAS TEA CENTRE, CAMERON HIGHLANDS

KISAH BENAR DI BOH SG. PALAS TEA CENTRE, CAMERON HIGHLANDS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Entri kali ini mengenai kisah benar yang diceritakan semula oleh office mate saya bernama Ika (bukan nama sebenar) bersama rakannya ke Cameron Highlands bulan lalu.. Saya kongsi di sini untuk mendapatkan maklumbalas dari pembaca mengenai situasi yang berlaku..

Al-kisah, Ika bersama Bienda (bukan nama sebenar) (kawan Ika), Sara (bukan nama sebenar) (adik Ika) dan ayah Bienda ke Cameron Highlands makan angin hujung minggu. Ayah Bienda mengidap penyakit buah pinggang dan diabetes kronik sehingga menyebabkan kedua-dua matanya buta serta terpaksa berkerusi roda manakala ibu Bienda telah lama meninggal dunia sejak dia kecil. Jadi Bienda yang masih bujang menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab menjaga ayahnya yang sakit kerana tidak mahu membebankan adik-beradik yang lain atas sebab mereka sudah berumahtangga. Bienda anak bongsu dalam keluarga.

Boh Sg. Palas Tea Centre, Cameron Highlands
Pada hari itu, Bienda teringin membawa ayahnya berjalan-jalan ke Cameron Highlands memandangkan hari-hari biasa dia sibuk bekerja dan membiarkan ayahnya sendirian di rumah. Jadi cuti hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk menumpukan perhatian dan menggembirakan ayahnya. Bienda meminta Ika dan adiknya Sara menemaninya. Bienda memandu kereta dari Seremban ke Cameron Highlands. Sepanjang hari di Cameron Highlands mereka sungguh gembira sehinggalah ke destinasi terakhir iaitu di Boh Sg. Palas Tea Centre.

Ketika itu terlalu ramai pengunjung dan mereka terpaksa menunggu meja kosong. Tak lama ada sebuah meja kosong kecil di satu sudut. Jadi Ika mengarahkan Sara untuk menunggu di situ sementara Bienda menyorong kerusi roda ayahnya menghala meja kosong tersebut dan meletakkan ayahnya berhampiran Sara. Sara dan ayah Bienda duduk di situ sementara Ika dan Bienda beratur untuk memesan makanan.

Di hadapan meja tersebut kelihatan sepasang suami isteri duduk bertentangan Sara dan ayah Bienda. Sara dapat mendengar wanita di depannya berkata kepada suaminya : "Iskh... tak selesalah duduk sini.. Jijiklah..  Apalah garu sana, garu sini, tak selera" Si suami berusaha memujuk isterinya yang merungut dan masam muka sambil menjeling ke arah ayah Bienda. Tak lama selepas itu, si suami bangun dan menghampiri Sara sambil berkata : "Adik, boleh tak alihkan pakcik ni ke tempat lain. Isteri saya sedang mengandung, dia tak boleh tengok benda-benda yang dia tak suka.. Maaflah, harap adik faham..." Apabila mendengar kata-kata itu, Sara bingkas bangun lalu mengadukan perkara itu kepada Ika dan Bienda yang sedang beratur membeli makanan..

Bienda rasa tak selesa, lalu datang mendapatkan ayahnya.. Tak lama selepas itu Ika terpandang satu meja kosong yang baru ditinggalkan oleh pengunjung lain. Ika dengan segera mengarahkan Bienda meletakkan ayahnya di situ sambil mengangkat cawan dan pinggan yang masih belum dibersihkan di meja tersebut. Ika meletakkan cawan dan pinggan kotor tersebut di meja kecil tempat mereka duduk sebelum itu dengan rasa marah sambil menjeling ke arah pasangan suami isteri tersebut. Menurut Ika, dia tidak berniat menghempas cawan dan pinggan tersebut tetapi terdengar bunyi cawan dan pinggan tersebut berlaga seolah-olah dihempas Ika. 

Selepas mereka mendapatkan makanan dan cuba untuk menyesuaikan diri, pasangan suami isteri tersebut bangun dan si suami duduk di sebelah kerusi Ika yang kebetulan kosong manakala si isteri berdiri bersebelahan suami di hujung meja. Si suami berkata kepada Ika : "Awak tahu tak cara awak letak cawan dan pinggan tu kasar, rude! Kurang ajar!" Ika membalas : "Habis isteri abang cakap macam tu mengata pakcik ni jijik, tak kurang ajar?" Si suami membalas : "Saya tegur tadi baik-baik, takde pun tinggi suara. Kenapa awak nak marah? Kurang ajar!" .. Ika membalas : "Saya pun cakap baik-baik, tak tinggi suara.. Tengoklah kalau abang sakit nanti, isteri abang jijik tengok abang." Si suami tetap masih membalas kata-kata Ika.. bla... bla.. bla... Menurut Ika mereka berbalas kata-kata dan si suami mengulangi ayat "kurang ajar" berkali-kali malah menuntut Ika meminta maaf kepada isterinya tetapi Ika enggan.


Mendengar si suami dan Ika bertikam lidah, Bienda bingkas bangun dan berkata dengan kuat : "You all nak tahu tak, perempuan ni dia jijik tengok ayah saya! Ayah saya sakit! Dia suruh ayah saya pergi dari sini sebab dia jijik tengok ayah saya!" Mendengar kata-kata itu, pasangan suami isteri itu terus meninggalkan mereka dan berlalu pergi.

Soalan saya selepas Ika habis bercerita :

"Adakah ayah Bienda berbau busuk?"  Ika jawab : "Tidak"

"Adakah bag urine tergantung di kerusi roda ayah Bienda?"  Ika jawab : Tidak, ayah Bienda pakai lampin pakai buang dan Bienda baru ganti sebelum mereka ke situ."

"Mengapa ayah Bienda mengaru?" Ika jawab : "Dia bukan menggaru tetapi sesekali menggosok-gosok kulitnya kerana ubat buah pinggang yang diambilnya menyebabkan dia tidak selesa."

..... tiada soalan lain memandangkan saya tidak menjumpai sebarang unsur-unsur jijik di situ......

Andai disebabkan alahan mengandung, saya rasa lebih baik mereka suami isteri 'mengalah' dengan beredar dari situ. Tambahan pula mereka lebih dahulu berada di situ dan sudah pun habis menjamah makanan. Cuba letakkan diri kita bila tua nanti.. Kita tak tahu nasib kita dan apa akan berlaku.. Saya agak kecewa kerana ada orang Melayu kita yang terkenal dengan budi bahasa memandang rendah kepada orang lain terutama kepada orang tua yang tidak berdaya.. Wallahualam.. Itu sekadar pendapat saya..

Begitulah, saya harap pembaca faham apa yang ingin saya sampaikan.. Apa pendapat pembaca mengenai kisah ini.. Wajarkah situasi ini berlaku? Hurrrmmmm entahlah, saya masih belum boleh terima perkara seperti ini adalah satu kisah benar dan ianya benar-benar berlaku dalam masyarakat kita..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Share this:

CONVERSATION

24 comments:

  1. Zaman sekarang nie kadang orang di sekeliling dah pandang ringan adab bersopan santun pada orang tua.. harap anak-anak kita tak jadi lah macam situasi kat dalam cerita nie kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer Kak Sue, sedih. Semoga anak-anak kita tak tergolong seperti itu..

      Aminnnn..

      Delete
  2. ok kesian pakcik tu.. mesti dia sedih dengan apa yang jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Aisya, semoga Bienda & ayahnya tabah dan sabar..

      Delete
  3. Alah org mengandung ni mungkin lain sikit. Tapi ini bukan alah mengandung. Ni mungkin Alah hati. Semua benda pun tak kena nak acah diva. Kalau tak suka pergi je lah, tak payah nak kata apa-apa kat ayah orang.

    Tiba2 teringat mak yang tengah sama ada diabetes kt kampung.
    Mujur ada adik tolong tengok-tengok kan.

    Sedih lah. Macam mana lah bila kita dah tua nanti..
    Hmmm ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat Zhi sama dengan saya.. Kita tak tahu bagaimana pengakhiran kita kann.. Hanya Dia yang lebih mengetahui..

      Delete
  4. org muda sekarang, rasa ada ilmu, ada duit sikit dah sombong kemain. memang dalam situasi ni dorang yang kena beralah, suami isteri yang sombong mahu org bagi perhatian pada dorg shja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia IQ.. Sis pelik sebab mereka rasa seolah-olah menongkat langit..

      Semoga diberi petunjuk dan hidayah kepada orang2 yang bersikap sedemikian..

      Delete
  5. Namanya manusia LZ...ada sestengah org mmg penggeli. Maklumlah org tua sakit pulak tu. Ada kalanya mmg sedikit berbau tp rasanya tak delah terbau sampai meja sebelah.
    Setuju dgn awak, kalau ye pun berbau...mengalah ajelah. Kita pun akan tua, nasib kita macam manalah agaknya nanti.

    Respek dgn Bienda dan adik beradik... bukan mudah nak jaga ibu ayah yg tua tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Nom, respect perlu ada lebih-lebih lagi kepada org lebih tua dari kita..

      Delete
  6. Saya pun sependapat dgn LZ, masih belum boleh terima perkara seperti ini adalah satu kisah benar. Tapi kok iya pun...dari kisah yang saya baca ini, pasangan suami isteri tu dah sepatutnya beredar. Dah makan minum bangunlah... Ini mmg tebiat org M'sia... dah nampak orang keliling ramai mencari2 tempat duduk, masih buat2 tak reti. Tgklah kat mana2 kedai/warung... waima di majlis kenduri kahwin pun begitulah sikapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang berlaku sweetie.. Seolah-olah seperti satu budaya suka lepak-lepak lepas makan tapi lebih elok jika alert dengan persekitaran. Jangan biarkan org lain menunggu tempat kita kalau dah habis makan..

      Delete
  7. adab dan akhlak orang kita semakin buruk sekarang ni. banyaknya pentingkan diri sendiri. belum kena pada diri sendiri boleh lah mengutuk semua. dah kena baru terngadah. semoga kita di jauhkan dari perkara sedemikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memalukan jika ada sikap sedemikian.. Buang sikap pentingkan diri sendiri.. Betul Ana semoga kita dijauhkan sikap sebegitu..

      Delete
  8. Ada lori ada bas
    Lain hari nanti akan dibalas..

    Tak baik pandang hina pada orang sakit. Orang tua pulak tu. Kita tak tahu nasib kita dikemudian hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Fidah Shah..
      Kita tak tahu bagaimana pengakhiran kita.. Sentiasa pegang kata-kata : what you give is what you get back.

      Delete
  9. Geram pula baca.. hmmm.. adab mana oi adab mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. Orang Melayu tapi takde adab.. Itulah perumpamaan yg sesuai dalam cerita ni..

      Delete
  10. jadikan iktibar buat kita juga...jaga adab..jaga tutur dari sekarang dan ajar anak2 jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju dengan akak.. Jadikan ikhtibar untuk kita dan generasi seterusnya..

      Delete
  11. jdkan ia ikhtibar dan smoga kita smua jauh dari perkara mcm ni.. zaman srkng ni mmg kurangnya adab dalam diri.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn..
      Sama-sama kita beringat kannn dear 💕

      Delete
  12. Sedih dengan manusia yang tak ada adab menghormati orang tua. Tapi kita ada Tuhan yg akan membalas setiap satu perbuatan kita. Sabor jer baca cerita ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakhbar betul apa Ainniah nyatakan.. Hidup kita umpama roda, kena selalu beringat kannn dear 💕..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!