Search This Blog

JANGAN BIADAP, TONG KOSONG

Saturday, October 07, 2017

JANGAN BIADAP, TONG KOSONG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Tajuk entri kali ini agak kasar namun itulah petikan suratkhabar Sinar Harian bertarikh 18.09.2017.. Saya terpanggil untuk copy paste dan kongsi di blog ini.. Tujuannya sebagai informasi dan panduan kepada pembaca yang memerlukan..  

Teruskan membaca dan berikan pendapat pembaca mengenai artikel ini di ruang komen.. 


Photo credit to : jumptoabetterlife.com
"GENERASI muda hari ini perlu sentiasa meletakkan ego mereka pada tempat yang betul dan jangan sesekali bersikap kasar terutamanya ketika menghadiri temuduga pekerjaan. Walaupun mereka digalakkan berani mencari peluang dan bersikap lantang, ia tetap ada batasnya. Lantang dan berani tidak bertempat, hanya menimbulkan persepsi buruk dan menyukarkan lagi mereka mencari kerja. Pengarah Eksekutif ZY Phyto, Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly mengakui berdasarkan pengalamannya, generasi baru agak biadab, tidak sopan, manja, berkira, meminta-minta dan kurang rasa tanggungjawab.

Menurutnya, kebanyakan graduan muda yang diambil bekerja juga tidak menunjukkan kesungguhan, semangat, minat, prestasi dan bertanggungjawab  seperti generasi terdahulu.

“Saya sering menerima permohonan kerja daripada lepasan universiti dan latihan praktikal daripada pelajar tahun akhir, penganggur tapi daripada banyak permohonan, biasanya hanya dua, tiga sahaja yang memuaskan hati dan layak dipanggil temuduga. Yang lain tu boleh saya kategorikan sebagai ‘cakap sampah’ yang layak dibakul sampahkan."

“Walaupun tidak semua, tapi ramai generasi muda sekarang tidak begitu bersemangat dalam dunia pekerjaan mereka. Baginya kerja itu bukan suatu kerjaya tapi sekadar kerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, lebih teruk, golongan ini hanya berfikir melakukan kerja mereka tanpa mempedulikan aktiviti pejabat, objektif syarikat dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan.

“Asal cukup bulan dapat gaji cukup. Kalau rasa bosan, lompat cari kerja lain. Kalau tiada kerja pun masih boleh bergantung duduk dengan mak bapak,” katanya.


Kata Sharifah Ameelia lagi, apa yang menyedihkan, kebanyakan mereka tidak bersedia terutamanya penyediaan resume dan tidak melambangkan sebagai lepasan universiti.

“Dari segi penulisan pula, ada yang agak memalukan dan tiada mukadimah atau permohonan selayaknya. Surat permohonan rasmi kebanyakan tidak mengikut format yang betul, banyak kesalahan ejaan, penggunaan tatabahasa yang carca-marba."

“Ayat yang digunakan pun sangat pasar dan kebudak-budakan macam tulis surat kepada kawan, tidak serius malah resume pun ada yang satu muka surat, maklumat tidak lengkap, tiada gambar dan pelbagai lagi kelemahan, dalam erti kata lain, memohon sambil lewa."

“Ada yang dengan muka kurang sopan terus bertanya berapa gaji boleh bagi dan ‘demand’ melalui talian, WhatsApp atau email walaupun belum lagi ditemuduga!,” katanya.

Katanya lagi, majoriti majikan mengutamakan sikap, berbanding akademik kerana ia mempengaruhi gaya individu itu bekerja. “Zaman teknologi memungkinkan sebahagian pemegang ijazah memiliki sifat dinamik dan berkebolehan secara holistik. Boleh jadi juga ada pemegang ijazah yang hanya boleh berkata-kata apabila ada buku atau manual pekerja di tangan mereka."

“Majikan lebih mementingkan karakter pekerja seperti kebolehan kecerdasan minda, keupayaan memimpin, membuat keputusan, bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi, membuat perancangan, tahap integriti yang tinggi dan komited,” katanya.

Ditanya kenapa generasi muda sekarang terlalu lantang, Sharifah Ameelia berkata ia mungkin disebabkan perubahan teknologi, pembelajaran yang lebih kepada maya dan peranti, maka interaksi sesama manusia semakin seperti robot tanpa dilapik dengan perasaan, jiwa dan rasa hormat..

“Generasi muda sekarang kurang budi bahasa, nilai murni sama ada dari segi sikap pemikiran dan tanggungjawab serta pembangunan akhlak. Mungkin kerana perubahan teknologi, pembelajaran yang lebih kepada maya, maka interaksi sesama manusia semakin kurang perasaan, jiwa dan rasa hormat," katanya.
 
6 PUNCA GAGAL TEMUDUGA

1. Penampilan kurang menarik
- Perkara pertama yang dilihat oleh penemu duga terhadap calon adalah penampilan awal. Di sini ia memainkan peranan yang penting untuk menarik minat penemuduga.

2. Resume tidak menepati kehendak
- Calon gagal menyediakan resume yang mantap dan lengkap.

3. Tidak dapat meyakinkan penemu duga
- Calon gagal meyakinkan penemu duga mengenai kelebihan atau kebolehan dimiliki.

4. Tidak mampu berhujah dengan baik
- Calon tidak bijak berbicara dan melontarkan hujah terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh penemu duga

5. Tidak berpengetahuan dan menipu
- Calon memberi jawapan sesuka hati sedangkan lebih baik jika calon mengakui bahawa tidak tahu untuk memberi jawapan.

6. Komunikasi
- Cara berkomunikasi kurang berkesan iaitu tidak menggunakan bahasa yang lebih formal.




Melalui pengalaman saya, perkara yang dinyatakan di atas sering berlaku.. Ada yang tanpa segan silu bertanyakan soalan tentang segala benefit bakal majikan berikan sedangkan dia gagal menyediakan diri untuk menjawab soalan yang diajukan oleh pihak penemuduga. Soalan seperti benefit, kenaikan gaji, elaun tambahan dan yang berkaitan bayaran tambahan adalah kategori 'soalan sensitif' dan tidak wajar ditanya kepada panel penemuduga. Cukuplah sekadar ambil tahu gaji kasar, bayaran wajib diterima, masa & hari bekerja dan scope kerja yang akan dilaksanakan sekiranya kita berjaya dipilih.

Jadi kepada adik-adik yang masih belum mendapat pekerjaan tetap dan masih mencari pekerjaan, sewajarnya mengambil ikhtibar dari artikel ini.. Ianya berdasarkan pendapat 'orang lama' yang berpengalaman dan berjaya.. Sentiasa positif dan berlapang dada. In shaa Allah, jika niat kita baik, perkara yang baik juga akan datang kepada kita..

Semoga kita berjumpa lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..



Regards,


You Might Also Like

16 comments

  1. Perkongsian yang sangat menarik LZ.

    Setuju 100% dengan saudari Sharifah Ameelia tersebut generasi muda sekarang memang kurang jiwa dalam interaksi sesama manusia. Time praktikal pun memang ramai berlagak poyo dan ada masalah disiplin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudari Sharifah Ameelia dah banyak pengalaman jadi tips ini sangat berguna kepada pencari pekerjaan.

      Bila sebut tentang intern student memang LZ dah jumpa macam-macam perangai.. Geleng kepala dibuatnya.. Mrs. A pun faham kannn, huhuhu

      Delete
  2. sha pun perasan jugak benda ni, kebanyakkan kawan kawan sha yang masih menganggur semua memlih kerja, ada yang kerja sebulan bila gaji behenti. alasannya kerja teruk haha susah jugak kalau ada sikap macam tu sebab zaman skrg kan susah nak dpt kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara ni sensitive kann Sha.. Bila ditegur sbb memilih kerja nanti bermasam muka pula..

      Pendapat sis kerja dulu apa2 yg halal & termampu.. sambil kerja, cari peluang kerja lain lebih baik.. in shaa Allah ada rezeki tak ke mana..

      Delete
  3. PC pernah bekerja..secara tak langsung adalah sikit pengalaman..bila bekerja yang penting hormat dan toleransi.Mungkin yang lepasan IPTA/IPTS ada ilmu (teori) namun tidak berpengalaman..berbanding senior yang mungkin akademiknya sekadar lepasan SPM,namun yang ada pada mereka pengalaman kerja yang sangat2 bernilai..maka sama-sama harus bersatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali dear. pendapat sis sama dengan PC.. Lepasan IPTA/IPTS mungkin hebat dari segi teori namun kurang pengalaman dari segi practical.. Jadi perlu berganding bahu. Memang itulah yang patut dilakukan. Respect kepada senior, pengalaman kerja mereka lebih bernilai kpd sykt..

      Delete
  4. paling penting bila pergi interview mesti hormat bakal majikan..

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah..entry ini mengingatkan kisah ditemuduga tahun dulu..dengan hanya hanya spm..irda dipilih..katanya bukan xde yg ada diploma..tp sy cari orang hamg bertanggunhjawab dan boleh buat semua tanpa berkira.alhamdulilah bermula sebagai kerani
    .tinggalkan cimb sebagai manager..jd pada yg ingincari kerja.ingat sijil anda itu bukan penentu segalanya..selain sifat n kesungguhan anda pada kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, zaman sekarang bukan lagi zaman melihat kelulusan sbg perkara utama, majikan mencari pekerja yg passion terhadap kerja, rajin, ingin tahu & sentiasa ingin maju dlm kerjaya..

      Jika ada ciri2 mcm Irda memang kelulusan bukan kayu pengukur.. Keep it up Irda & congrats 👏👏😍

      Delete
  6. jemput singgah blog saya https://marblemomo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. pelik juga kan, patutnya lagi kuat persaingan, lagi diorang kena berusaha. ini tidak, makin malas. tapi selalunya yang macam ni jenis yang senang dapat kerja. kalau jenis yang terpaksa susah-payah kerja biasa2 dulu tu akan lebih appreciative.pendapat saja. sis pun kira masih muda lagi. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betul statement Sal.. Bila dapat kerja faktor kelulusan memang diaorg akan buat ikut citarasa sendiri, agak bosan berhenti.. Berbeza dengan staff yang bermula dari bawah.. Diaorg takde kelulusan tinggi jd terpaksa minat & gigih berusaha utk naik pangkat..

      Delete
  8. saya pernah bebel kat sorang bekas intern ni, dia kata tak tau nak prepare untuk interview. Adoi dik, tu lah gunanya internet. bukan buat stalk instagram artis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha memang win komen Sal, sis setuju.. 😊

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter @ladynredplanner

Sponsor

Labels