BUAT BAIK TAK SEMESTINYA DIBALAS BAIK

By I am LZ - Friday, January 05, 2018

Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah pagi ini hujan rahmat turun dengan lebat.. Semoga urusan kita berjalan lancar dan dipermudahkan.. Entri kali ini sangat ringkas kerana saya masih dalam proses 'menyesuaikan' diri dengan rutin harian di Tahun Baru 2018.. Al-kisah jadual hidup ada perubahan jadi masih belum biasa dengan rutin baru, itulah sebab lately kalut semacam, tak sempat balas komen dan blogwalking seperti yang dirancang..  Terasa seperti culture shock juga sebenarnya. 

Entri kali ini saya ingin kongsi mengenai perbuatan baik tak semestinya dibalas baik.. Idea ini bertitik-tolak dari artikel yang melintas di newsfeed Facebook saya semalam iaitu berkisar tentang HARAPAN atau EXPECTATION.. 

 

Saya abadikan di sini :  

"Kita buat baik dengan orang, 
tak semestinya orang itu akan kenang kebaikan kita.

Kita buat baik dengan orang, 
tak semestinya orang itu hargai diri kita.

Kita buat baik dengan orang, 
tak semestinya kita akan dapat layanan yang sama dari orang yang sama.

Kalau bukan orang yang kita harapkan, 
Allah gantikan hambaNya yang lain, yang lebih mulia hatinya untuk berbaik dengan kita."


PENGALAMAN SENDIRI

Frankly speaking, dulu seringkali saya beranggapan bahawa setiap perbuatan baik yang dilakukan akan mendapat balasan baik namun sangkaan saya meleset.. Akibat dari kepercayaan itu, end up frust. Saya terikut-ikut dengan peribahasa yang mengatakan : "Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali." Itu peribahasa dulu, tapi peribahasa itu telah diubahsuai oleh generasi hipster kepada : "Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali tapi dua kali, tiga kali dan seterusnya." - adoi tepuk dahi! Jahanam peribahasa...

So : "Don't blame people for disappointing you. Blame yourself for expecting too much."

Nowadays, buat baik tak semestinya dibalas baik.  Kita kena belajar terima hakikat itu.. Kini saya letakkan niat dalam hati langsung tidak mengharapkan sebarang balasan.. Niat saya ikhlas dan serahkan segalanya kepada yang Esa.. Kata pepatah, alah bisa tegal biasa, dah biasa kita buat alhamdulillah rasa selesa, tak kecewa atau terkilan jika kita ikhlas dengan setiap perbuatan baik yang dilakukan.  Sentiasa berlapang dada, in shaa Allah segala urusan kita dipermudahkan dan hati juga tidak gelisah. Saya percaya itu sebahagian daripada reward daripada perbuatan baik itu.. Memang tepat seperti apa yang dinyatakan di atas.. 

Begitulah perkongsian saya kali ini.. 



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ


  • Share:

You Might Also Like

17 comments

  1. Betul kak...buat baik tidak semestinya dibalas baik...dengan manusia.Hakikat.Fakta.Lebih melukakan kebaikkan kita dibalas dengan keburukkan.
    Justeru kita ubah niat,apa pun hal kebaikkan niat kerana Allah..manisnya luar biasa.InsyaAllah.
    Salam Jumaat Kak LZ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam PC.. Sebaiknya begitu PC tak sanggup sakitkan hati sendiri..

      Delete
  2. Setuju sangat LZ..at the end of the day kita kena tanya diri kita, buat baik sebab nak redha Allah ke redha manusia. Memangla sakit hati tapi dah sikap sesetengah manusia x pandai menghargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya redha Allah Sal sebab tu kita serahkan kepadaNya.. Biar Dia menilai tak perlu lagi letakkan harapan kepada manusia kannn..

      Delete
  3. takpe la... buat aje la sehabis baik. niatkan ikhlas kerana Allah. semoga amalan baik tu beroleh pahala. orang tak nmpk xpe, asal Allah tahu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali Cikyan 💕..
      Itulah yang terbaik.

      Delete
  4. dulu selalu jugak buat baik dibalas baik, sekarang hm. tapi takpelah janji ikhlas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously Sha..
      Belajar dari pengalaman kannn 😉

      Delete
  5. Betul K LZ. Pernah rasai sendiri jugak. Bila kita buat baik orang tak nampak, buat silap/tak baik sekali je orang ingat sampai bila bila. Sedih betul. 1000 kebaikan terpadam dek kerana 1 kejahatan yg dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lumrah kehidupan yang selalu kita hadapi kann Fatin.. Sedih bila terjadi begitu. But it's okay belajar dari pengalaman untuk lebih tabah hadapi dugaan hidup ini 💕..

      Delete
  6. sa pun pernah rasa juga dengan apa yang LZ rasa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita perlu sabar dan tabah hadapi dugaan hidup ini kannn Anum 😉..

      Delete
  7. Setuju sgt LZ..penah jugak kene mcm tuh..kite buat baik, tapi sudahnye, sendiri sakit hati..tapi xpe, Allah ade untuk menilai kebaikan kite..pasti akan ade ganjaran yg menanti..insyaAllah..;D

    ReplyDelete
  8. betul tu sis...keep on doing good things:)

    ReplyDelete
  9. Tu la.. sekarang ni kita buat apa pun kadang-kadang tak perlu mengharap sangat. Jika dulu, kita beri sebiji mangga pada jiran, insyaAllah selepas seminggu dua, jiran tadi akan memberi kita sebiji epal pula sebagai balasan. tapi zaman sekarang, kita bagi apa pun jangan harap ada balasan. just sebagai mengeratkan silaturrahim je. Jika kita harapkan balasan, kita akan kecewa.

    ReplyDelete
  10. GV setuju kak LZ. Takpe, bila kita berbuat baik, sekurang2xnya kita mungkin dapat pahala. Pahala itu mungkin akan membawa kita ke syurga. InsyaAllah. Aamin. Kita guna konsep buat baik kerana Allah SWT kan kak LZ. Terbaik kak LZ. :)

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!