MAKANAN SEGERA SEGAR - Wendy's DPulze Cyberjaya

By I am LZ - Saturday, February 03, 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog Lady in Red Planner.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah di blog ini.. Hujung bulan Januari lalu (31.01.2018) cuti Thaipusam, saya bekerja di Seremban jadi cuti hanya sehari tetapi sangat bertuah siapa yang bekerja di Kuala Lumpur kerana the next day adalah cuti Hari Wilayah so dapatlah 2 hari cuti. Kalau ambil cuti sehari lagi (Jumaat) dapat cuti  5 hari, untunglah.. Adoi, sibuk pulak merancang cuti orang, hehehe

Okay, semasa cuti Thaipusam saya meluangkan masa berjalan-jalan di DPulze Cyberjaya semata-mata teringin makan di Wendy's, saje-saje sebab baru lepas breakfast nasi lemak sambal sotong kat rumah.

Antara tagline restoran makanan segara Wendy's : "Fresh Fast Food Near You", saya translate ke Bahasa Melayu untuk title post kali ini jadi "Makanan Segera Segar" tanpa letak perkataan "Near You" atau "Dekat Anda" sebab tak semua negeri ada outlet Wendy's so agak tidak relevan di situ, hihihihi

Wendy's DPulze, Cyberjaya
Apa makanan best di Wendy's? Wendy's is about more than just a food, they able to serve up fresh. Itu konsep restoran fast food ini untuk mengekalkan legacy founder Wendy's bernama Dave Thomas

Eh betullah, saya pernah order salad segar di sini tapi makanan lain biasa jer, lebih kurang sama dengan fast food lain. Masih dalam kategori processed foods or junk food so tak boleh diamalkan selalu okay..

Wendy's DPulze Cyberjaya
Wendy's DPulze Cyberjaya
Kali ini saya order Single Mushroom Melt combo regular size, Haha Burger combo for my husband regular size too, 2 pieces spicy fried chicken dan Classic Frank both ala-carte. Tadaaa satu tray makanan untuk 3 orang ahli in one small family, hehehehe..


Wendy's DPuzle Cyberjaya
Classic Frank
Wendy's Classic Frank: RM6.50
Classic Frank ini kosong, takde salad cuma sosej dan sos sahaja.. Classic Frank dipesan oleh anak saya, Arief.

Single Mushroom Melt & Fries combo regular size : RM15.00
Saya teruja dengan cheese cair meleleh seperti dalam menu.. Nampak macam sedap dan memang sedap pun.. Saya pilih beef patty. Selain beef ada chicken patty, single or double..

Wendy's Haha Burger combo regular size : RM11.88
Nama burger ni Haha Burger iaitu isi burger daripada udang. Nampak gaya lepas makan ber'hahaha' lah jawabnya. Burger ini product baru sempena Tahun Baru Cina.. So my husband pun order sebab dia nak rasa isi burger udang, selalu daging lembu atau chicken.. Ternyata tak berapa best, kering dan sedikit hangus..

2 pieces spicy fried chicken : RM9.00
Sama juga dengan ayam goreng spicy, tak berapa best. Ayam agak hangus dan langsung takde rasa rempah yang dikatakan spicy. Tang mano pedas aei, den pun tak tau..

Total bill : RM42.40
For me, Wendy's sesuai makan waktu santai, during tea time for instance.. Kena makan heavy dulu baru boleh layan makan di Wendy's sebab portion dia sikit kena pulak saya ni jenis kuat makan dan cepat muak. Fast food kann so what we expect..

Oh ya, untuk pengetahuan pembaca ini merupakan kali kedua saya makan di Wendy's DPulze. Kali pertama makan di Wendy's pada 8.1.2017 lalu, saya pernah ceritakan di blog lama dalam post ini : Pertama Kali Makan di Wendy's. Bezanya masa itu saya ordered menu lain yang lebih berkhasiat, hehehehe..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya tentang makanan di Wendy's DPulze, Cyberjaya. Perkongsian sekadar mengabadikan memori sempena cuti Thaipusam lalu. Don't worry lepas ni kalau makan di Wendy's tak letak post lagi, cukuplah sekali dalam blog ini >_<


Until then, thank you for reading..
Sekian, wasalam..
Byeeeee...


Regards,
I am LZ

  • Share:

You Might Also Like

20 comments

  1. Lama xmkn Wendy's..dulu yg terdekat ngan umh ada tp dh tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oic..Mungkin sebab Wendy's ni tak dikenali ramai compare to other fast food restaurant lain..

      Delete
  2. sadly.. kt penang xde wendy! sakit gila hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe bertabahlah Atie, tapi kat Penang banyak makanan best 😉..

      Delete
  3. nampak sedap ni menunya.. di Kuantan pun tiada wendys.. huhuhuhu..Kami pun nak juga la merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pi Klang Valley atau Cyberjaya SA boleh cari Wendy's
      terdekat 😊..

      Delete
  4. Burger wendy's ni mmg sedap, saya pun suka juga.. lama pulak rasa tak makan ni. Kena pergi ni nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan menjamu selera di Wendy's saudara KK.. Sesekali repeat best jugak 😁..

      Delete
  5. Tak pernah try burger lagi. Haritu sempat rasa nasi dengan ayam goreng diaa jer. Boleh tahan laa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wendy's burger moist sikit ala-ala Burger King, sedap sis suka 😁

      Delete
  6. Replies
    1. Memang sedap Rabiah, bolehlah sesekali layan makan di Wendy's 😊

      Delete
  7. Nampak menarik menu Wendy's ini.. Tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada peluang nanti Sha cubalah, puas hati bila rasa sendiri 😉

      Delete
  8. saya rasa Wendy's sedap walaupun x femes macam McD. bolehla sekali-sekala tukar selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Sal mungkin sebab outlet Wendy's tak banyak mcm McD kann Sal sbb tu tak famous 😁..

      Delete
  9. Nak kena pergi DPulze lagilah camni. Hari tu pergi sana tapi makan kat tempat yang sama jugak. Tak tahu nak makan mana walaupun banyak gak kedai makan kat situ.

    Bab cheese meleleh tu aduhai, terliur rasanya 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time pi Dpulze Siqah singgah makan di Wendy's.. Rasa sendiri baru puas hati, hehehe 😁

      Delete
  10. sy berkenan kat ayam goreng tu je. baru rasa nak berkenan kat burger udang dah kata kurang sedap... tak jadi try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. msredcheesecake boleh cuba sendiri burger udang, mungkin pendapat kita berbeza 😉..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!