MY RAMBLINGS..

By I am LZ - Wednesday, February 07, 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Penat sungguh hari ini dengan urusan di pejabat, bukan sebab kerja hakiki tapi penat melayan karenah manusia.. Itulah nama kerja di pejabat kalau tak mahu berurusan dengan manusia dengan siapa lagi? Aduhai.. hehehe

Okaylah izinkan saya membuat post ramblings hari ini... Ramblings tentang kerjaya saya.. Bukan wow mana tapi sekadar perkongsian pengalaman yang mencuit hati.. Pernah dengar tak kerjaya dalam bidang undang-undang sangat stress dan selalu serius or muka ketat, memang betul.. Semuanya bergantung kepada persekitaran dan dengan siapa kita berurusan..

A Litigator
Untuk pengetahuan, saya pernah berkhidmat di Bahagian Undang-Undang dengan 3 firma guaman, construction company dan utility companies. Jarak antara satu majikan dengan majikan lain lebih kurang 4 hingga 5 tahun berkhidmat. Frankly speaking, melalui pengalaman sendiri semua ex-bosses saya jenis kepala angin atau hot temper. Selalu kena marah, fail melayang itu perkara yang pernah saya alami dan sangaaaaaaat biasa dengan keadaan itu.

Bukan untuk memburukkan mereka, malah saya amat berterima kasih kerana tanpa mereka tak mungkin saya dapat melaksanakan tanggungjawab saya sehingga kini. Banyak saya pelajari bila bekerja dengan boss begini.. Berbekalkan pengalaman yang ada, kini saya mampu berdikari melaksanakan setiap tugasan yang diberi.

Sekarang saya bekerja dengan sebuah syarikat utility yang berurusan dengan orang awam. Ini merupakan syarikat utility kedua, beza hanya berlainan negeri. Ianya bukan sesuatu yang mudah kerana visi dan misi syarikat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Bukan hanya kakitangan di barisan hadapan tetapi semua kakitangan perlu menerapkan matlamat yang sama termasuk kakitangan di Bahagian Undang-Undang. 


Bermacam-macam kisah, suka, duka, stress, semua pernah saya hadapi termasuklah kisah mecuit hati.. Saya kongsikan di sini sebagai part of my ramblings :


Kisah 1 : "PATUTKAH KITA RASA BERSALAH?"

Kisah ini berlaku hari ini, 7 Februari 2018.. sebab inilah muncul idea post ramblings.. Saya dihubungi oleh salah seorang Pegawai dari daerah lain untuk mendapatkan nasihat perundangan sebelum mereka menyediakan laporan kes untuk tindakan undang-undang. Dia pun cerita, itu ini.. dan saya tekun menjawab setiap soalan yang diajukan lebih kurang begini :

Pegawai : Puan, ada satu kes ni kerosakan S-Bend berpunca dari kemalangan. Lori langgar..

Saya : Dapat tak nombor pendaftaran lori tu?

Pegawai : Dapat Puan, semua lengkap tapi....

Saya : Tapi kenapa, belum  buat carian pemilikan kenderaan di JPJ?

Pegawai : Bukan Puan, tapi.... pemandu lori tu kena sawan sebab tu lah dia langgar S-bend tu.. Patut tak kita rasa bersalah sebab saman dia? Dia ada tunjuk laporan perubatan..

Saya : Kenapa risau sangat pemandu tu sawan atau tidak, tanggungjawab Encik H sediakan laporan dan dokumen lengkap dan hantar ke Bahagian Undang-Undang. Biar majikan pemandu lori tersebut bertanggungjawab sebab menggaji dan membenarkan pekerja mereka berpenyakit sawan memandu kenderaan.

Pegawai : Ooooo tak salah lahhh kita saman dia kannn..

Saya : Itulah antara isu-isu yang akan dibicarakan nanti...

Pegawai : Okay..
.....

Selepas Pegawai tadi meletakkan telefon, terlintas di fikiran saya, bahaya juga andai kata ada antara pemandu berpenyakit seperti sawan dibenarkan memandu. Bila penyakit menyerang mereka akan hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan, pasti berlaku kemalangan. Malang memang tak berbau, tapi perkara seperti ini sepatutnya tidak diambil mudah.. Selama ini bila saya memandu tak pernah pun terfikir.. Mujur kes tadi dia melanggar aset air, tiada jiwa yang terkorban. Allahu akhbar, jauhkanlah kami dari malapetaka yang tidak diingini, aminnn...


Kisah 2 : JURUKAMERA KALUT

Kisah ini berlaku pada 5 April 2016.. Ketika itu saya mengendalikan kes kemalangan maut. Ibubapa si mati menfailkan Saman terhadap majikan saya yang dinamakan sebagai Defendan. Plaintif mendakwa bahawa anak mereka terlibat dalam kemalangan disebabkan permukaan jalan yang basah disebabkan oleh paip pecah.

Dipendekkan cerita, pada hari itu saya bersama mereka yang berkenaan pergi meninjau tempat di mana kemalangan tersebut berlaku untuk mencari sisa-sisa bukti to strengthen the case semasa perbicaraan bagi mendapatkan gambaran sebenar di tempat kejadian. Tinjauan ini dibuat untuk mendapatkan clue yang membawa kepada punca kemalangan. Saya assigned seorang kakitangan (bukan jurugambar pro) mengambil gambar untuk digunakan semasa perbicaraan.

Jurugambar beriya mengambil gambar seperti yang diarahkan supaya tiada bukti yang tertinggal. Pada saya, ketika itu banyak juga gambar yang 'diambil' dari pelbagai angle. So the next day, saya bersemangat untuk tengok semula gambar-gambar tersebut. Bila saya hubungi jurugambar berkenaan dengan selamba dia kata masa ambil gambar semalam dia lupa masukkan memory card. Entah macam mana perkara itu berlaku, tapi yang pasti langsung tiada gambar direkodkan!

Adoi kecewa! Masa itu saya tak tau nak gelak, nanges atau guling-guling tanda frust. Kenapa nak tergelak? Saya nak tergelak sebab masih terbayang cara dia beriya mengambil gambar, mengalahkan pro okay siap gaya, itu yang tak menahan, hehehehe. At the end, satu gambar pun takde... Kes macam ni pun ada kaaa? Apa pun sabarlah wahai hati.. Dugaaaan.. Akhirnya saya suruh dia pergi semula ke tempat itu dan ambil semula gambar...

Alhamdulillah, kes itu berpihak kepada saya.. Saya berjaya membela kes itu dan I'm proud of myself.. Salah satu pencapaian yang membanggakan kepada saya.. Untuk pengetahuan, kes kemalangan maut biasanya sangat susah untuk dibuktikan oleh Defendan tambahan pula ianya berlaku 3 tahun lepas (ketika kes itu difailkan) di mana kebanyakkan bukti sudah tiada di tempat kejadian. Jika kes itu tidak memihak kepada majikan saya, kemungkinan majikan saya akan menanggung tuntutan berjumlah ratusan ribu ringgit. Tetapi dalam rasa bangga ada perasaan sedih dan terasa berdosa.. Mengapa? In shaa Allah satu masa nanti saya kongsi dengan pembaca..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Hopefully pembaca faham my ramblings.. 



Thank you for reading. Have a wonderful day! 
Sekian, wasalam.. 
Byee...
Regards,
I am LZ

  • Share:

You Might Also Like

23 comments

  1. Okey, part kes kedua tu saya pun tergelak. Action jerlah lebih kot. Kalau kamera saya kalau takde memory card dia terus keluar macam notification tu. Taktaulah kamera dia macam mana pulak tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ntah Ana Fatihah, dia x check kot notification tu.. tapi itulah yg berlaku, adoi tepuk dahi! 😁

      Delete
  2. dulu cita2 atie nak jadi lawyer la..then sejarah kelaut.. sbb target lain spm kluar lain.. x tercapai impian..
    but reading this... i feel.. being a lawyer susah sngt..tapi if menang kes.. puas gila kan....

    but cameraman.. how laa... boleh lupa masukkan memory card *facepalm* sabar je la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa memang begitu Atie, apa yg diimpikan susah menjadi kenyataan.. Bila kerja pula perlu ada passion baru tak rasa stress.. Dalam bidang undang2 ni memang susah, perlu teliti dari pelbagai aspect 😊

      Delete
    2. bab undang ni mmg kena teliti..takot kita sendiri salah bg fakta..kita yg kena kan?

      Delete
  3. lawyer...dengar nama pun dah gerun. sbb bila student law..dah start dah tgk tekanan nya..so bila dah kerja..lagi la pulak kan. so..bila dgr kerja ngan kalau firm tu...emmm...
    kes 2 tu...lawak.. and pernah kena kat Ayu..almost same story la.. posing2 bagai nak rak..masa ngan kawan2 ni..hp member. bila dah malam tu..dok tunggu la, mana tak whatsapp pic2...sekali tanya..aku lupa nak save..katanya. sbb guna app camera apa ntah..alahai.. sampai ari ni..dok kutuk member tu..jgn amik gambar hp dia, nanti tak save lagi.. he he he. have a good day dear!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa jadi law student masih samar-samar boleh ker lepas sebab susah dan banyak perlu dibaca dan dihafal.. Alhamdulillah dipermudahkan..

      Cian kawan mummy Ayu tapi memang kelakar, jadi bahan sampai 7 keturunan pun belum tentu habis, hehehe 😁

      Have a great day to you too 💕

      Delete
  4. hahahaha tergelak part memory card tu. Dah beria ambil gambar setiap sudut sudahnya yillek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ingat balik memang kelakar farhanna 😁.. Bila akak bertembung dengan cameraman itu dia tak berani angkat muka, malu kot, hehehe 😁

      Delete
  5. Replies
    1. Itu tanda sis banyak cerita untuk dikongsi bersama 😉.

      Delete
    2. haha as long as it makes u feel good then it's fine. mmuahh

      Delete
    3. Hehehe thank you dear 😍

      Delete
  6. Aduh kesiannya dah bersusah payah ambil gambar tiba2 xde hasil. Mama pun penah kena masa delegasi Dari oversea melawat opis mama. Dah lah susah nak kumpulkan diorang. Nak masukkan diorang suratkhabar tettiba cameraman hilang semua gambar. Haru betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes mamapp lebih haru, camne nak dpt blk semua kenangan itu? Kadangkala bila difikirkan mmg kelakar. Apa boleh buat perkara dah nk berlaku kann mamapp.. 😁

      Delete
    2. Huhuu mmg Hari Rasa nak hempuk aje cameraman haha.. tapi nak buat macam mana. Abg Tu Tu dah meninggal kanser otak. Alfatihah

      Delete
  7. hehehe
    macam2 kes
    tu baru dua
    mesti ada macam2 lagi kes yang mungkin lagi pelik
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat Hans, tak semua indah-indah belaka, hehehe 😁

      Delete
  8. Tak pernah terfikir pun selama ini... ada pemandu di serang sawan atau ada sakit sawan memandu di jalan raya... yang sering di war-warkan bila berlaku eksiden positif dadah jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes exactly, LZ pun terfikir begitu, iskhhh scary..

      Delete
  9. baru-baru ni ada tengok cerita korea, witch court.. Menarik sangat tengok cara perbicaraan di mahkamah.. Teringat sis LZ ni dalam bidang ni.. Menarik bidang ni. hehe.. part cameraman tu memang kelakar. hahaha.. kalut betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kalau menarik citer tu harus sis tengok Miera.. Bidang ni best tapi kena minat or passion yg mendalam 😊..

      Itulah cameraman kalut, hehehe

      Delete
  10. setiap pekerjaan ada cabaran mereka sendiri. as for me jadi lawyer ni memang susah. kadang-kadang terselit antara moral dan tugas. tapi kes kedua tu saya rasa kelakar lah. sorry tergelak.boleh bayangkan gaya jurugambar tu. hehe

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!