HAPPY BIRTHDAY ATAU SELAMAT HARI LAHIR | Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-39 tempoh hari.. Syukur atas nikmatNya selama ini.. Terima kasih kepada ibu yang melahirkan ku..
Happy Birthday

Selain dari menerima ucapan dari kenalan dan rakan-rakan, Google juga meraikan birthday ku, >_<

Happy Birthday from google.com

Hanya doa dan harapan untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari mendatang..

Di sebalik ucapan "Happy Birthday to You" dan "Selamat Hari Lahir" terungkap 1001 macam perasaan di kala umur menjangkau awal 40-an:


"Umur 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (seperti jatuh sakit, kematian dsb.) atau dari pasangan hidup (seperti masalah rumahtangga, jatuh sakit dsb.) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula umur 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang BIJAK menggunakan peluang yang diberikan akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang KURANG BIJAK tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah di kala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta di luar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri. Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang. Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan." - credit to WhatsApp group

Peringatan kepada diri sendiri kerana kerap leka..
Begitulah cerita yang ingin disampaikan..


Sehingga kita bertemu lagi di lain post..
Sekian, wasalam..


Regards,