PENDAPAT SAYA TENTANG KFC TWISTER | Salam Jumaat kepada semua pembaca budiman.. Perasan tak, sejak kebelakangan ini muncul iklan mempromosikan KFC Twister.. Persoalannya adakah betul sedap? Jadi semalam Gang Lunch gigih ke AEON Seremban S2 untuk makan di restoran KFC.. Masing-masing tak makan heavy lunch (i.e nasi atau mee seperti kebiasaan) semata-mata kerana KFC Twister itu.


Terdapat 2 set pilihan iaitu Hot & Zesty dan Cheezy. Setiap set berharga RM9.90.. Pilih-pilih mana satu idaman kalbu.. Saya pilih set Double Twister Combo Hot & Zesty kerana kurang mengemari keju.


Bila order set senang tak perlu susah-susah fikir cari pasangan serasi untuk dimakan bersama twister itu.


Inilah rupa KFC Twister yang popular ketika ini..


Isi seperti kebiasaan, daging ayam tanpa tulang (mestilah takde tulang, kalau idak tercekiklah korang nanti), sos dan salad. 

Apa yang menarik? Haaaaa rasa ada kelainan dari biasa.. Rasa creamy chilli lime sauce memang tak menghampakan... Jus limau membangkitkan selera, tak rasa muak tapi rasa ingin terus makan sampai habis, hehehehe


Alhamdulillah, overall sedap dan mengenyangkan.. Begitulah pendapat saya tentang KFC Twister.. Lain orang lain citarasa, apa kata kawan-kawan cuba sendiri baru puas hati. 


Begitulah kisahnya.. Okay, itu sahaja, sehingga kita bertemu lagi di entri akan datang.. Jaga diri..  Sekian, wasalam..


Regards,