JANGAN SENTAP, OKEY! Siapa yang bekerja di pejabat mohon terasa! | Begitulah tajuk buku dari penulis bernama Izman Pauzi diterbitkan oleh Alaf 21 yang agak tegas bunyinya. Buku ini baru saja saya habis baca. Siapa pernah baca buku ini tentu tahu apa mesej yang ingin disampaikan dari kandungannya. Jadi dalam entri ini saya ingin kongsi beberapa fakta yang berlaku di pejabat di mana serupa dengan apa yang saya alami.

 

Sebelum itu sebagai mukadimah, buku ini mempunyai 59 bab. Di sini saya kongsikan beberapa bab yang kena dengan situasi saya di pejabat seperti berikut:

BAB 22 : JAM SIAPA PALING TEPAT?

"Bila ditanya Bahagian Sumber Manusia bagaimana mereka menentukan masa yang tepat? Hal ini timbul bila ada yang tak berpuas hati dan mendabik dada menyatakan bahawa masa mereka adalah masa yang tepat."

Ada ikut jam Bulletin Utama, Aada ikut masa RTM. Mana satu masa paling tepat? Sebenarnya masa digunapakai oleh SIRIM adalah masa yang diperakui paling tepat di Malaysia. Pihak SIRIM telah diamanahkan oleh kerajaan Malaysia sebagai penjaga dan pengawal ketepatan masa jam berkenaan. Boleh rujuk website SIRIM.

BAB 25 : BAHASA DIRI

"Semasa bekerja, kita dikehendaki berkomunikasi. Ia melibatkan komunikasi dengan pengurusan atasan, rakan sekerja dan juga pekerja bawahan. Sebagai orang Melayu, kita terbiasa menggunakan kata ganti diri semasa berkomunikasi. Kita cenderung memanggil Kakak tea lady, abang security guard, pakcik despatch atas faktor usianya.

Walaupun gelaran tak merendahkan pangkat atau kuasa seseorang, ianya sekadar satu panggilan yang bersuara mesra. Namun gelaran tersebut akhirnya dimansuhkan apabila Pengurus terdengar perbualan saya dengan pekerja bawahan.

Pengurus HR telah memanggil semula kakitangan jabatan kami kebiliknya. Dia cekak pinggang sambil memandang seorang demi seorang bagai singa lapar. "Mulai hari ini saya tak nak dengar lagi kamu panggil staff kamu dengan panggilan 'abang', 'kakak', 'makcik' dan macam-macam gelaran lagi. Ini bukan rumah kamu yang ada adik-beradik, ini pejabat. Kena ada formaliti, ada ranking. Kena panggil ikut pangkat. Saya tak nak dengar lagi kamu panggil pegawai kamu dengan panggilan 'abang', panggil Encik Izman, faham!"

Situasi ini berlaku di kebanyakkan syarikat yang majoriti orang Melayu. Saya akui agak terkejut bila saya mula bekerja di syarikat yang majoritinya Melayu. Semasa bekerja dengan syarikat selain dari Melayu, rakan sekerja memanggil saya dengan Cik (pada masa itu sebelum berkahwin).. Tapi lepas berkahwin saya bekerja dengan syarikat majorti Melayu, tiada panggilan Puan.. namun panggilan 'Kak'. Betullah apa yang disampaikan dalam buku ini seperti yang dinyatakan di atas.

BAB 37 : NAMA SUAMI? JANGAN HARAP! 

Hal ini biasanya berlaku bila majikan kita menyuruh pekerja wanita mengisi Borang Penamaan KWSP. "Ia bermaksud, Pegawai Sumber Manusia antara individu yang dibenarkan menjadi saksi bagi mengesahkan bahawa pekerja telah bersetuju untuk mendaftarkan penama tertentu sebagai waris sekiranya pemegang akaun meninggal dunia.

Di dalam penamaan waris, boleh dikatakan bahawa 100% pekerja lelaki yang telah berkahwin akan menamakan isteri dan anak-anak mereka sebagai penama atau waris. Namun sebaliknya bagi pekerja wanita yang telah berkahwin. Mereka lebih cenderung untuk hanya menamakan anak-anak sebagai penama di dalam borang penamaan. Namun suami biasanya disingkirkan sebagai waris yang akan memiliki harta peninggalan isteri melalui caruman KWSP."

Antara dialog yang mencuit hati saya bila ditanya mengapa kakitangan ini tidak menamakan suaminya sebagai penama dalam Borang Penamaan KWSP, ini jawapannya:

"Mati hidup semula pun saya tak nak masukkan nama suami sebagai penama. 'Kang' kita mati, dia pula yang seronok dapat semua duit tu," "Mana tau selepas dapat duit banyak, terus gelap mata, atau terus nak berbini baru. Memang mati keringlah anak-anak saya nanti." Dia terus menjelaskan rational di sebalik penamaan tanpa nama suami.

Hehehehe begitulah kebanyakkan persepsi kaum wanita.. 

BAB 52 : SANGKUT KERJA DI PAGAR OFFICE

Maksudnya jangan bawa kerja balik rumah..

"Saya sedar bahawa membawa pulang kerja pejabat ke rumah adalah tidak bagus untuk keharmonian rumahtangga. Saya juga sedar bahawa pekerja yang gagal menyiapkan tugasan di pejabat adalah pekerja yang gagal mengatur masa dan tidak produktif."

Jadi kalau boleh jangan bawa kerja pejabat ke rumah.. Ianya lebih menambahkan stress dan boleh menggugat keharmonian rumah tangga, betullah seperti apa yang penulis nyatakan.

Ini sahaja entri yang ingin dikongsi bersama pembaca. Apa komen anda? Ada tak yang kena dengan persekitaran tempat anda bekerja? Kepada pembaca yang masih belum / tidak bekerja, itulah realiti yang biasa berlaku di pejabat.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,