PENGALAMAN BERCUTI DI AVILLION PORT DICKSON | Hari Jumaat lalu (17.03.2017) memang hari yang ditunggu-tunggu kerana saya akan bercuti bersama keluarga tersayang yang sudah berbulan lama tak jumpa... Jadi sudah semestinya percutian kali ini ke tempat yang istimewa dan perancangan rapi perlu dibuat supaya semua seronok dan menjadi kenangan sepanjang hayat. Sepanjang 2 minggu juga sibuk mencari hotel yang sesuai untuk weekend getaway.

Akhirnya Avillion Port Dickson menjadi destinasi pilihan setelah mengambil kira keadaan bapa saya kurang sihat untuk perjalanan jauh. Untuk makluman rumah saya dan Port Dickson terletak hanya 30.6km dan mengambil masa 30 minit perjalanan dengan kereta. Oleh kerana saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, saya perlukan persekitaran yang berbeza selain berada di rumah sendiri.

"Avillion Port Dickson direka seperti perkampungan nelayan traditional Melayu, resort mewah bertaraf 5 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang dibina di atas kaki bajang di atas laut. Bilik-bilik menyediakan balkoni peribadi dengan pemandangan Selat Melaka."

Begitulah latarbelakang Avillion Port Dickson yang mengundang minat saya untuk terus membuat tempahan 2 bilik jenis water chalet kerana bimbang tiada bilik kosong tambahan pula cuti sekolah sudah bermula. Masa check-in bermula pukul 3.00 petang.

Avillion Port Dickson

Selepas urusan check-in di lobi selesai, kami terus menuju ke bilik hotel. Pemandangan indah sewaktu menuruni tangga ke ruang makan kelihatan swimming pools dewasa dan kanak-kanak. Wahhh kalau beginilah pemandangan semasa makan tentu cepat kenyang, mana tidak sambil makan cuci mata.. Memang diakui pools di sini bersih dan cantik cuma pada pendapat saya lokasi kurang sesuai berada betul-betul bersebelahan ruang makan.

Pool

Terdapat sebuah galeri seni sebelum ke hotel restaurant.

Decoration

Ini merupakan laluan utama menuju ke bilik hotel. Sekitar hotel menghijau dengan landscape yang cantik.

Susur ke hotel

Laluan pejalan kaki. Tiada buggy disediakan di sini. Beg dan barang-barang akan dihantar ke bilik hotel tetapi perlu beritahu semasa urusan check-in.

small pet corner

Semasa perjalanan kita akan melalui small pet corner yang menempatkan ladang haiwan kesayangan dan kandang burung-burung eksotik antaranya ayam, arnab dan burung merak.

Small pet corner
Small pet corner

Motif untuk memperkenalkan kehidupan binatang peliharan kepada anak-anak bandar yang tak pernah kenal haiwan-haiwan tersebut.

Sebelum sampai ke bilik hotel, pelawat akan 'mencuci mata' apabila melalui Avi Spa di mana terdapat kolam renang dewasa terbuka yang terletak di sebelah kanan betul-betul di laluan pejalan kaki.

Kolam dewasa

Perjalanan diteruskan, terdapat kawasan tanaman rempah-ratus tetapi berkunci.

Mini taman rempah-ratus

Tak lama selepas itu kami tiba di bilik 700 dan 702. Bila tiba di sini bau busuk menusuk hidung. Hurrrmmm macam-macam bau ada, mungkin disebabkan air surut ketika itu jadi bau lumpur hanyir naik. Ketika ini saya mula kurang selesa.

Konsep kampung nelayan

Persekitaran bilik hotel seperti kampung air di Sabah, al-maklum konsep pun kampung nelayan traditional Melayu.

Konsep kampung air tradisional

Lantai pula diperbuat dari kayu yang agak lama dan ada juga yang sudah reput. Jadi berhati-hati semasa melangkah.

Laluan ke bilik hotel
  
Laluan ke bilik.
Buka pintu bilik hotel terus beri Salam..

Bilik-bilik di sini luas, terdapat katil 4 tiang serta katil sofa, tv dan mini bar.

Bilik hotel
Bilik hotel

Bila disediakan mosquito repellents terus terlintas di fikiran - "banyak nyamuk kah di sini?"

Hotel facilities

Bilik air pun besar, ada hair dryer, tab mandi dan open shower berasingan. Tapi takde seterika, perlu request jika diperlukan.

Toilet
Toilet
Bath tub

Semasa di balcony, air cetek dan bau lumpur kuat menusuk hidung, cepat-cepat masuk bilik dan tutup pintu.. Andai air surut sampai esok nampaknya punah ler harapan tinggal di water chalet sebab harga bilik water chalet jauh beza dengan bilik di darat.

Balcony

Jemput hayati pamphlet yang terdapat di atas meja. Iklan buffet Ramadan tahun ni pun ada..

 
Breakfast pamphlet

Selepas meninjau sekitar bilik dan rehat sebentar, kami terus bersiap ke Bagan Lalang untuk makan malam di restoran Senandung Malam seperti yang pernah diceritakan sebelum ini. Banyak jugak seafood restaurant di Port Dickson tapi kebanyakkan tidak kena dengan citarasa saya.

Frankly speaking, ada satu restoren tu mahal tapi tak berbaloi dan ada pula yang sederhana tapi tasteless. Kalau bernasib baik seafood fresh tapi selalu dapat kurang fresh. Jadi tak mahu spoil mood, tambahan pula bawa tetamu, saya sanggup berjalan jauh sedikit demi mencari keselesaan dengan makanan sedap dan berbaloi.

Scenery 

Balik dari makan malam, air pasang! Terdengar pukulan ombak menghempas pantai dan udara sejuk dari luar masuk ke bilik, tiada lagi bau lumpur yang busuk. Malam itu, kami lepak di bilik dan lebih kurang pukul 9.30 malam baru terasa lapar. Menu in room dining tempat 'mengadu', hanya dail no. 5 dan buat pesanan.

Menu In Room Dining

Kami order Best Malaysian Hawker's Fare iaitu Mee Mamak dan spicy Penang Char Kuey Teow seafood, French fries, teh tarik dan juice dari Village Court yang dibuka 24 jam untuk dihantar ke bilik. Puas hati, makanan panas dan sedap! Malam itu puas berborak dengan family sambil makan-makan. Sepanjang malam hingga lewat pagi bunyi ombak, tak terasa sunyi.

Lebih kurang pukul 11.00 pagi keesokan harinya, kami check-out. Kami tak ambil sarapan di hotel memandangkan menu yang ditawarkan hanya so-so.. Saya bercadang untuk bawa keluarga makan di kopitiam dan lebih kena dengan selera bapa saya.

Sebelum check-out sempat pusing keliling meninjau persekitaran dan bergambar sampai puas untuk dijadikan kenangan.

Tempayan

Rest and Relax

Duduk sini sambil menghayati pemandangan ke Selat Melaka...

Landscape

Landscape

Overall agak sedikit mengecewakan terutama bab bau busuk dan keadaan hotel ni sudah lama, kayu pun banyak reput sana sini, daun kering atas bumbung tapi sebab status exclusive, harga pun exclusive. Memang tepat dengan konsep kampung nelayan traditional Melayu. Pada saya jika dibandingkan harga tak berbaloi, sangat berbeza dengan pengalaman saya bercuti di Avani Sepang Goldcoast Resort tahun lalu, padahal harga lebih kurang sama. Okay, begitulah pengalaman saya bercuti di Avillion Port Dickson.. Lain orang lain pendapat dan citarasa, jika ingin merasai pengalaman sendiri boleh cuba bermalam di sini.. 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,