SURPRISE!!!| Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini. Entri kali ini tentang surprise atau kejutan. Kejutan tentang apa? Begini kisahnya..

Untuk pengetahuan, birthday saya sudah berlalu bulan lepas. Namun saya dikejutkan dengan sambutan dari #ganglunch pada Isnin lalu..


Nak tahu camne mereka buat surprise? Mereka berbaris dan berselindung di sebalik kabinet fail semasa saya ke washroom. "Surprise!!!" Diikuti nyanyian happy birthday.. Nasib baik akak takde lemah jantung.. Amboiii bukan main lagi, tahun ni akak sambut birthday terasa seperti 40 hari 40 malam dik, hehehe.

Hadiah dari #ganglunch, sebuah bantal wangi berwarna merah dengan gambar mereka dan sepotong kek Secret Recipe yang ditulis nama saya di atasnya. Memang kena dengan taste saya.


Yeayyy, thank you so much #ganglunch!. Terima kasih atas ingatan dan persahabatan ini. Terharu...

Itu sahaja yang ingin dikongsi bersama dalam entri ini.. Kenangan sambutan hari kelahiran tahun 2017.

Okay, sehingga kita bertemu lagi di lain entri.. Sekian, wasalam..


Regards,