SEKITAR PAMERAN DINO DISCOVERY WORLD EDU TOUR | Al-kisah dalam busy bekerja sempat meluangkan masa melayan permintaan anak untuk ke pameran ini yang juga dikenali sebagai Dino Edu Tour. Pameran ini sponsored by GROLIER dan dianjurkan oleh SKYLIMIT EVENT. Pameran berlangsung di Centre Court, Mydin Mall, Seremban 2 dari 9.05.2017 hingga 14.05.2017 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Ini bermakna hari ni hari terakhir pameran ini diadakan.

Seminggu sebelum pameran ini diadakan tak silap semua sekolah di sekitar Seremban 2 telah dihebahkan melalui pamphlet yang diedarkan ke sekolah-sekolah. Maka anak-anak pulang ke rumah bersungguh-sungguh menujukkan pamphlet tersebut dan meng-influence ibubapa supaya membawa mereka ke pameran ini termasuk anak saya, hurrrmmm.

Bayaran masuk : RM8.00 (dewasa) manakalan RM5.00 (kanak-kanak).
Jom kita explore apa ada dalam ni:

 

Pintu masuk yang gah menunjukkan kepala dinosaur menjadi tarikan kanak-kanak dan ibubapa.. 

 

Aummmmmm... 


Ngeri jugak andai masih wujud dinosaur ni zaman kita.. 
Duduk gualah kita jawabnya..


 

Beriya saya ke tingkat 2, ingat boleh tengok free dari atas, rupanya tertutup rapat, hampa..  

"Kak, nak tengok bayar tiketlah, mana ada pameran free zaman sekarang ni.. " saya merasakan seolah-olah dinosaur yang terjulur kepala dari kandang itu berkata-kata demikian kepada saya. Hahaha kena gelak dinosaurs..

 

Replika fossil dinosaur..

 

Replika volcano, tak pastilah pulak apa motif sebenar..

 

Jenis replika dinosaurs yang dipamerkan di sini..

 
Terdapat beberapa replika dinosaurs yang besar, sukalah kanak-kanak bergambar bersama..

 

Selesai meninjau replika dinosaurs dalam khemah, keluar sahaja terus dipanggil untuk ujian IQ.. Si anak excited maka mama pun menurut padahal niat tadi nak beli groceries kat Mydin.. 

 

GROLIER merupakan the #1 home-learning programme for kids.

 

Sebelum berakhir, post satu gambar kanak-kanak keriangan selepas meneroka alam dinosaur.
Begitulah cerita yang ingin dokongsi bersama.. 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,