BERGAYA DENGAN EJ STYLE | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Nak tanya ni.. Setakat mana persiapan Hari Raya you all? Kalau tanya saya, jawapan saya boleh dikatakan 70% ready manakala balance 30% tak pasti mana belum complete lagi.. Maklumlah kita ni selagi Hari Raya belum tiba, selagi itu masih terasa belum cukup persediaan, betul tak? hehehe

Since last week, saya sibuk buat persiapan terakhir antaranya cari baju raya untuk keluarga, mak abah dan adik bongsu termasuk beberapa helai pakaian persalinan sendiri. Jadi minggu lepas saya ambil kesempatan shopping last minute di butik EJ Style cawangan Seremban 2. Butik EJ Style ni baru sahaja dibuka tahun ini.

Oh ya, ini bukan iklan berbayar tau tetapi saya dengan sukarela mempromosi Butik EJ Style kerana saya suka koleksi dari butik ini.


Untuk pengetahuan ini baju raya saya tahun lepas dari koleksi Alraandecy Adeela by EJ Style . Saya beli di cawangan Bangi :

Alraandecy Adeela by EJ Style

Mengapa saya pilih butik EJ Style?
Saya jenis malas cari pakaian sana sini.. Kalau ada satu tempat serasi dengan citarasa saya memang saya terus jadi pelanggan setia. Samalah juga dengan butik EJ Style ni.. Saya dah biasa jadi malas cari tempat lain.

Saiz
Saya selesa dengan jubah butik EJ Style ni dan paling penting saiz saya ada di butik ini dan terbukti selesa.


Harga mampu milik
Pakaian yang terdapat di butik EJ Style kebanyakkannya jubah wanita dan kurta untuk lelaki. Harga yang ditawarkan dari RM73.00 beberapa sen sehelai. Sudah tentu mampu milik dan sesuai untuk pakaian persalinan.


Lokasi
Sejak butik ini dibuka di Seremban 2 saya tak perlu bersusah payah ke cawangan EJ Style di Bangi atau TTDI Grove Kajang seperti sebelum ini. Jika ada koleksi baru yang tidak terdapat di cawangan Seremban 2, saya boleh beli melalui online.

Puas membelek inilah hasilnya..


Saya beli sehelai jubah dari koleksi Al Safeera :

Al Safeera by EJ Style

... dan sehelai jubah dari koleksi Awinna :

Awinna by EJ Style

Sebenarnya hajat di hati ingin memiliki koleksi Allexis Printed ini, malangnya koleksi ini hanya terdapat di cawangan Bangi dan TTDI Grove Kajang dan tidak terdapat di cawangan Seremban 2, hampa tau.

Allexis Printed by EJ Style

Tahun ini sambutan koleksi raya EJ Style sangat laku keras termasuk koleksi Arianna Floral ini. Jadi tak hairanlah kalau saya akan bertembung dengan sesiapa yang memakai baju sama nanti, hehehe. Saya ni jenis tak kisah sebab saya terima kenyataan, ini bukan custom made kannn..

Arianna Floral by EJ Style

Jadi sesiapa yang ingin mengunjungi butik EJ Style cawangan Seremban 2 boleh singgah :


Berikut pula alamat butik EJ Style cawangan Seremban 2 :


EJ Style 
Cawangan Seremban 2
website : ej style

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..

 *Gambar-gambar tanpa watermark diambil dari FB EJ Style. Harap maklum.


Regards,