Search This Blog

PERMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN

Friday, June 09, 2017

PERMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN | Salam Jumaat diucapkan kepada readers.. Thank you for reading my blog, I really appreciate it. Minggu ini merupakan minggu paling sukar bagi saya.. Banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan di samping keadaan huru-hara yang melanda di office terpaksa juga saya tempuhi, it's really tough! Dalam banyak-banyak urusan, satu perkara tak akan saya lupakan iaitu berurusan dengan seseorang yang mencabar kesabaran saya. Sedih dan kecewa apabila dikenang kembali.. Alhamdulillah berkat kesabaran dan dengan izin-Nya, segala kesusahan yang dihadapi dapat saya tempuhi satu-persatu. 

Antara urusan yang dilalui, apabila saya berdepan dengan situasi di mana kawan sekerja mengambil kesempatan dan menganiaya saya tanpa rasa bersalah dek kerana sikapnya yang tamak dan pentingkan diri sendiri. Secara tak langsung revealed her true colors! Saya betul-betul dipergunakan. Saya akan ingat sampai bila-bila..


Apa yang membuka mata saya ialah sikap berkira dan tak boleh berlebih-kurang.. Tak sangka ada juga species ini dan lebih memalukan dia among our colleagues!.. Pada saya biarlah berlebih kurang dan percaya bahawa sesungguhnya Allah akan membalas setiap perbuatan. Tak perlulah bersungguh tuntut dari manusia hingga sanggup menimbulkan perbalahan.. Demi menuntut 'hak' palsu dan lebih teruk lagi menuduh orang lain, tak mengaku kesalahan sendiri.. 

Pesanan saya jangan sesekali menyusahkan orang lain. Jangan terlalu berkira untuk memudahkan urusan orang lain lebih-lebih lagi dengan keluarga, kawan-kawan dan orang susah. Andai kita menghadapi kesusahan satu hari nanti, in shaa Allah akan hadir orang yang membantu dengan izin-Nya tanpa kita jangka.. Percayalah dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Maka jangan berkira untuk berkongsi rezeki. Sanggupkah kalian melihat orang lain susah demi kesenangan diri sendiri? Tak kira siapa walaupun orang itu bukan sesiapa pada kalian.. Fikir-fikirkanlah.. In shaa Allah ada hikmah di sebalik setiap kejadian.. Syukur alhamdulillah ianya telah berlalu...



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

You Might Also Like

22 comments

  1. Bertabahlah...Allah akan permudahkan urusan orang yang sabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak Saniah, saya berjaya hadapi dugaan itu cuma hati agak terkesan dengan perbuatan dia.. 😥

      Delete
  2. betul tu sis... jika kita tak berkira dgn org lain menolong dgn ikhlas, InsyaaAllah Allah akan gandakan rezeki kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita pupuk sikap memudahkan urusan orang lain kannn Sheila.. Jangan berkira.

      Betul apa Sheila nyatakan.. 💕

      Delete
  3. Allahuakbar...semoga LZ diberi ketabahan. InsyaAllah ada hikmah dia.
    Salam jumaat dan salam ramadhan LZ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sofie, LZ berjaya hadapi dugaan itu.. macam tak sangka LZ mampu hadapi.. itulah kuasaNya..

      Delete
  4. yup.. permudahkan urusan org lain.. insyaallah Allah akan permudahkan urusan kita juga nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita pegang prinsip ini Lea.. In shaa Allah dipermudahkan.. 💕

      Delete
  5. Semoga kak LZ diberi sifat sabar dan tabah hadapi orang sebegini. Pedihnya rasa bila yang mempergunakan kita adalah rakan sekerja sendiri. Lagi pedih kalau dia adalah salah sorang daripada kawan yang rapat. Hhu.

    Apa pun, betul cakap akak. Jangan berkira untuk membantu orang lain. Insyallah satu hari nanti jika kita memerlukan pertolongan, ada yang dibukakan hati untuk membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat kenal kawan seperti Siqah, walaupun di alam maya tapi rasa keserasian..

      Betul dear, kita mudahkan urusan org lain, semoga Allah mudahkan pula urusan kita.. 💕

      Delete
  6. Betul tu. Yang penting kita tak rumitkan/sukarkan urusan orang lain.
    Alhamdulillah, tahniah sis. Berjaya mendepani mereka yang mencabar ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur semuanya sudah berlalu Farrah MF.. Thanks for your support dear 😍

      Delete
  7. aduh...faham sangat drama tempat kerja ni.baik sangat orang ambil kesempatan. nak buat degil, ditegur bos. buat jelah apa yang mampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sal.. Dahulukan hati dan perasaan kita 😊

      Delete
  8. Setuju dengan perkara ni, kalau selalu mudahkan kerja orang lain, memang banyak rezeki tak disangka akan datang tanpa diduga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Tn...
      Allah Maha Mengetahui.. Kena yakin rezeki kita datang dariNya.

      Delete
  9. Kita permudahkan urusan orang, Allah akan tolong kita 😊 Di mana2, memang akan wujud si selfish 😒

    ReplyDelete
  10. setiap dugaan ada hikmah disebaliknya... Insya Allah, pasti yang lagi baik menanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn..
      Moga ada hikmah atas setiap yang berlaku..

      Delete
  11. Insyaallah pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter @PapernPlanner

Sponsor

Like us on Facebook