AL-FATIHAH | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Ketika rakyat Malaysia masih berkabung berikutan kemangkatan Sultan Kedah pada 11.09.2017 lalu, semalam kita dikejutkan dengan berita kebakaran sebuah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang mengorbankan lebih 20 nyawa. Hari ini masih suram, hujan membasahi bumi pagi ini seakan merasai pemergian ahli-ahli syurga itu..


Pagi semalam saya sangat sibuk di pejabat hanya sempat mendengar office mate bercerita tentang 'kekejaman' manusia yang menviralkan gambar keadaan mayat anak-anak tahfiz tersebut tapi dia tidak pasti di mana kebakaran itu berlaku.. Saya pun tak sempat bertanya lanjut..

Jadi malam tadi saya menonton Buletin Utama semata-mata untuk mengetahui cerita lanjut tragedi ini.. Tak terasa airmata mengalir tanpa dipaksa, sedu-sedan... Dalam redha terasa sedih yang amat sangat melihat tragedi ini tambahan pula apabila bomba menerangkan lokasi mayat-mayat yang dijumpai dan melihat waris-waris mangsa.. 

Tragedi 14.09.2017 Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Tak mahu cerita panjang kerana umum telah mengetahui cerita lanjut mengenai tragedi menyayat hati ini.. Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah..
Jangan lupa juga doa dan bacaan surah Yassin terutama apabila selesai setiap solat fardhu nanti..
Hanya doa yang mampu dikirimkan.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. 
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik kejadian yang berlaku..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Nota kaki :

Dalam keadaan sedih, terasa kecewa dan marah apabila melihat wartawan siaran mengajukan soalan  kepada saksi yang membantu menyelamatkan mangsa kebakaran : Apa perasaan pakcik?

What the answer you'd expect to the stupid question? Kau tak faham ker bagaimana situasi ketika itu? Adakah kau sedang membuat liputan di majlis tari-menari, makan malam, majlis konvokesyen, majlis pengebumian etc. 

Abis tu kenapa tanya soalan bodoh begitu?!!!  Apakah semata-mata kau nak tengok pakcik tu menangis depan kau biar nampak 'real'?  - اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ.. I'm sorry to say that..

Morale of the story wahai wartawan, sediakan soalan relevan. Jangan ajukan soalan yang boleh menganggu emosi dan sensitiviti sekeliling.. Di manakah etika kewartawanan anda?


Regards,