Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti harian.. Hari ini saya ingin kongsi tentang kaitan lisan dan perasaan.. Apa kaitan antara lisan dan perasaan? Lisan ialah pertuturan manakala perasaan pula lahir dari hati seseorang.. Malah kecantikan seseorang juga diukur bukan hanya pada kecantikan luaran tapi kecantikan dalaman termasuk adab sopan dan tutur kata..
Saya kongsi di bawah ini posting nukilan saudara Khairul Hakimin Muhammad di Facebook beliau mengenai perasaan seseorang yang tercalar disebabkan lisan individu lain :

"Syahdu pula bila baca satu status rakan baru saya di Facebook.

Kami baru bertemu baru-baru ini di kafe, orangnya ceria dan sangat baik. Baru saya tahu yang beliau belum dikurniakan zuriat melalui statusnya tadi.

Katanya, beliau baru berjumpa dengan seorang kenalan lama dan kawan beliau itu mengata secara berdepan tentang tubuh beliau serta terus sinikal membuat andaian bentuk tubuh puan ini yang tidak berubah dari zaman beliau berkenalan, menjadi penyebab puan ini belum mendapat zuriat.

Beliau meluahkannya di Facebook beliau.

Kawan-kawan yang baik, tak kiralah kita berkawan sampai tahap mana, ada batas yang kita kena jaga. Iya, boleh kasar, boleh cakap apa sahaja, namun apabila sudah berumur, kena tahan dan sabar dalam berbicara.

Bab nikah kahwin, bab isteri / suami meninggal kemudian kahwin baru, bab anak, bab pasang 2-3 bini, apabila sudah menjengah umur 40-an, suasana gurau itu bukannya seperti biasa.


Saya masih ingat pergi ke sebuah ceramah korporat suatu masa dulu. Seorang ustaz buat lawak tentang suami kematian isteri, lalu si suami nikah lain kerana ‘tak tahan.”

Orang ramai ketawa. Namun ada tokoh yang duduk di barisan paling hadapan menitiskan air mata kerana isterinya baru sahaja meninggal dunia 2-3 minggu sebelum itu.

Di hadapan semua, seorang manusia bangun dan minta ustaz itu minta maaf kepada tokoh tersebut dan bercerita apa yang berlaku. Lalu semuanya tersentak dan terdiam.

Ustaz itu bangun, berjalan sedikit dan duduk seperti duduk di antara 2 sujud mengadap tokoh tersebut, dari jauh saya lihat mereka bersalaman dan berpelukan. Ustaz tadi kembali ke microphone dan meminta maaf di hadapan semua serta terus menamatkan ceramahnya. Sesi kuliah berakhir begitu sahaja. Solat, kemudian bersurai.

Kadang-kadang kita ini hanya pentingkan geli hati orang ramai. Sedangkan kita tak pernah terfikir ada yang terkecil hati malah patah hati dengan gurauan kita. Ingat ini, tak semua perkara boleh dibuat gurauan. Sudah elok berkawan, sebab tak jaga mulut, tak pasal kita bermusuh.

Ruginya kita. Sungguhnya, sesiapa yang tak mahu bercakap benda baik, diam sahajalah.

Kita ini selalu rasa hebat apabila Tuhan beri lebih nikmat. Kahwin awal, rasa hebat. Dapat anak, rasa hebat. Kerja bagus, gaji besar, pandai berniaga, rasa hebat.

Jujurnya, pernahkah terfikir setiap manusia yang rasa diri sendiri hebat itu selalu berbuat jahat kepada orang lain."- Facebook Khairul Hakimin Muhammad

Jadi berhati-hatilah dengan perkataan dan perbuatan, jika sudah melukai hati seseorang bagaikan sebuah paku yang menancap pada kayu walaupun seudah dicabut tetap meninggalkan kesan.
 
Untuk pengetahuan pembaca saya pernah alami situasi di atas, apa yang boleh saya buat hanya berikan senyuman sinis dan berlalu pergi..

God has given us eyes not to insult but to look beyond situations.
Mouth not to criticize but to speak for truth.
Hands not to punish sinners but to give a helping hand.
Ears not to be insensitive, but to hear voice in pain.
EVERYTHING HAS ITS OWN PURPOSE. WE SHOULD USE IT WELL.  

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan.. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita bersama.




Kepada sahabat alam maya dan sesiapa yang mengenali saya, maaf andai saya pernah membuat anda terasa hati.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ