Law

KES JENAYAH : AKIBAT DENDAM

By I am LZ - Saturday, April 14, 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu lagi kes jenayah yang boleh dijadikan ikhtibar kepada kita.. Sebelum itu, sila ambil maklum bahawa setiap perkongsian saya ini bukan untuk memprejudiskan mana-mana pihak tetapi sebagai ikhtibar kepada pembaca semua.. 

 

LATARBELAKANG KES

Terdapat 2 tertuduh dalam kes ini di mana setiap satu menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tetapi pihak pendakwa mengemukakan pertuduhan pindaan yang mengandungi satu tuduhan pilihan di bawah Seksyen 304 Kanun tersebut seperti berikut:

Pada 19 Januari 1996 lebih kurang jam 12.15 tengah hari telah bersama-sama menyebabkan kematian ke atas seorang perempuan berusia 50 tahun di sebuah rumah tidak bernombor dengan niat menyebabkan kecederaan yang berkemungkinan besar mendatangkan kematian dan dengan itu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304 (Bahagian Pertama) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan tersebut telah dibacakan secara berasingan dan diterangkan kepada kedua-dua tertuduh dan mereka menganguk faham. Kemudian mereka mengaku salah dengan pertuduhan pilihan.

KRONOLOGI KES

Pada 20 Januari 1996 mayat si mati telah dihantar ke hospital besar untuk dibedah siasat dan sebab kematian adalah "multiple stab injuries to the chest, lungs and heart".

Hasil siasatan polis, seorang lelaki berumur 17 tahun 8 bulan telah ditangkap - Tertuduh Kedua. Pada 23 Januari 1996 semasa dalam tahanan polis Tertuduh Kedua telah memberi maklumat kepada pihak polis berkenaan sebilah pisau yang digunakan olehnya untuk menikam si mati. Pisau tersebut telah didapati tergantung di tepi dinding dalam bilik rumah Tertuduh Kedua. Pisau itu serta sebilah parang telah dirampas oleh pihak polis dan dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya. Mengikut laporan kimia pisau yang ditunjukkan oleh Tertuduh Kedua ada kesan darah manusia.

Pada 26 Januari 1996 Tertuduh Kedua telah membuat pengakuan bahawa dia serta ayahnya terlibat dalam kematian si mati. 

Pada 25 Januari 1996, hasil siasatan polis Tertuduh Pertama telah ditangkap. Tertuduh pertama merupakan bapa kepada Tertuduh Kedua dan tinggal bersama-samanya.

KEJADIAN BUNUH

Dalam kes ini Tertuduh Kedua telah lama menyimpan dendam terhadap si mati. Menurut Tertuduh Kedua, si mati sering menuduhnya mencuri barang jika ada kehilangan sesuatu miliknya. Perasaan ini juga disebabkan oleh si mati yang selalu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibunya.

Pada 19 Januari 1996 kedua-dua tertuduh telah masuk ke rumah mangsa (si mati). Masa itu Tertuduh Pertama membawa sebilah pisau dan Tertuduh Kedua pula membawa sebilah parang. Semasa itu mangsa sedang baring atas katil di biliknya. Mangsa telah terjaga dari tidurnya dan telah menjerit "tolong!! tolong!!...". Pada masa itu juga Tertuduh Pertama dengan diikuti Tertuduh Kedua telah menikam mangsa. Mangsa telah meninggal dunia akibat tikaman mereka. Kedua-dua tertuduh kemudiannya melarikan diri dari rumah mangsa.


LATARBELAKANG KEDUA-DUA TERTUDUH

Tertuduh Pertama
Tertuduh Pertama adalah bapa ke pada Tertuduh Kedua dan berumur 33 tahun serta tidak begitu sihat. Tertuduh Pertama telah bekerjasama penuh dengan pihak polis sepanjang kes ini berjalan serta telah membuat pengakuan bersalah iaitu bersama-sama dengan Tertuduh Kedua menyebabkan kematian dalam kes ini.

Tertuduh Kedua
Tertuduh Kedua tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah. Kesalahan ini adalah kesalahan pertama Tertuduh Kedua. Memandangkan umur Tertuduh Kedua semasa melakukan kesalahan adalah di bawah umur maka YA Hakim memerintahkan supaya satu Laporan Akhlak disediakan ke atasnya. Laporan Akhlak Tertuduh Kedua diterima daripada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah. 

Laporan Akhlak tersebut menunjukkan bahawa tertuduh terdiri dari lingkungan sederhana. Ibubapa Tertuduh Kedua adalah penoreh getah yang mempunyai 11 orang anak dan Tertuduh Kedua adalah anak ke-9. Tertuduh Kedua belajar sehingga Tingkatan 3. Sebelum ditangkap bersabit dengan kes ini Tertuduh Kedua menerima gaji RM420.00 sebulan sebagai pekerja kilang.Tertuduh Kedua seorang anak yang baik dan taat kepada ibubapanya. Tertuduh Kedua juga ada menyumbangkan RM100.00 dari wang gajinya kepada ibu dan membayar bil-bil yang perlu dibayar.

Hobi dan Pergaulan - Tertuduh Kedua seorang anak yang baik. Pada hari minggu jika tidak bekerja Tertuduh Kedua selalu membantu keluarga menoreh getah. Pada sebelah petang kebiasannya Tertuduh Kedua keluar bermain sepak takraw di balairaya kampung tersebut atau bersiar-siar bersama kawan-kawannya. Walaupun Tertuduh Kedua mempunyai ramai rakan sebaya tetapi masih menjaga pergaulan. Jika keluar rumah Tertuduh Kedua sentiasa pulang dalam tempoh yang dibenarkan oleh ibubapanya.

Pandangan Pegawai Akhlak

Tertuduh Kedua seorang anak yang baik tetapi bersifat pendendam. Tertuduh Kedua rasa tercabar apabila dituduh pencuri dan bila ibu bapanya dilemparkan dengan kata-kata kesat. Dengan itu Tertuduh Kedua bertindak di luar batasan. Walaubagaimana pun Tertuduh Kedua telah rasa menyesal dan kejadian ini merupakan detik hitam dalam hidupnya serta berjanji tidak akan melakukan perkara seperti ini lagi. 

Memandangkan kes ini berlaku ketika Tertuduh Kedua masih di bawah umur serta sebelum ini tidak pernah memiliki rekod jenayah maka amatlah wajar hukuman Tertuduh Pertama dipertimbangkan untuk diringankan sedikit.

ULASAN YA HAKIM

Dalam kes seorang dewasa yang muda sehingga ini telah berkelakuan baik di mana kesalahan pertamanya pada dasarnya tidak terlalu berat, langkah yang sesuai adalah untuk meletakkannya di bawah pengawasan. 

Seksyen 15(2) Akta Mahkamah Juvana 1974 memperuntukan bahawa:

"Tiada seorang pun orang muda boleh dihukum penjara atau diperintah supaya dipenjarakan jika ia boleh diuruskan dengan sesuai dengan cara lain samada dengan percubaan, denda atau ditempatkan di suatu tempat tahanan, sekolah telah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney atau selainnya."

Jika kesalahannya terlalu berat yang memerlukan pemenjaraan, maka satu hukuman penjara hendaklah dikenakan yang akan berkesan bukan sahaja kepada pesalah, malah juga menjadi penghalang dan yang mana akan memberi Jabatan Penjara peluang untuk membetulkan kesilapan pada sifat dan perangainya.

Cara bagaimana kesalahan dalam kes ini dilakukan menunjukkan bahawa kedua-dua tertuduh telah menyerang mangsa tanpa perasaan timbang rasa. Kesalahan telah dilakukakn secara kejam, dirancang dan dengan ganas. Mereka telah pergi ke rumah mangsa, seorang bersenjatakan sebilah pisau dan seorang lagi bersenjatakan parang. Mereka telah menikam mangsa semasa sedang tidur. Gambar-gambar foto dan Laporan Bedah Siasat menunjukkan luka-luka begitu dalam. 

Dalam keadaan sedemikian, YA Hakim berpendapat bahawa Tertuduh Kedua tidak boleh dengan sewajarnya diuruskan dengan cara lain sepertimana dalam Seksyen 15(2) Akta Mahkamah Juvana 1947 melainkan dengan dikenakan satu tempoh penjara.

HUKUMAN
  
Setelah mempertimbangkan segala prinsip-prinsip yang boleh digunapakai, fakta-fakta kes dan kedua-dua tertuduh telah mengaku salah dan tiada sabitan jenayah lampau serta mengambilkira umur masing-masing, YA Hakim telah mensabitkan kedua-dua tertuduh hukuman 10 tahun penjara setiap seorang.

YA Hakim mengenakan hukuman penjara untuk tempoh sama panjang ke atas kedua-dua tertuduh kerana mereka berdua telah melakukan jenayah ini dengan kaedah dan keganasan yang sama. Keadilan bukan kepada Tertuduh-tertuduh sahaja, ia juga bererti keadilan kepada si mati dan masyarakat.

Apa pendapat pembaca mengenai kes ini? Mungkin boleh kongsi ikhtibar atau pengajaran yang diterima setelah membaca kes pembunuhan begini atau apa sahaja yang terlintas untuk dikongsi bersama.. Terima kasih atas setiap komen yang diberikan..
 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ


  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Terkadang,masyarakat yang mencipta dan melahirkan jenayah dan menjadikan seseorang itu pesalah..sebab itu seandainya seseorang itu ditangkap..selagi mahkamah belum menjatuhkan hukum..masyarakat tidak boleh terlebih dahulu menjatuhkan hukuman..

    ReplyDelete
  2. Kalaulah kita melayan manusia lain secara baik, pasti tiada sifat dendam yang berkumpul dalam hati.. Bukanlah pula Sha nak membela tertuduh tapi semuanya bermula dari kata-kata dan tuduhan yang tak baik higga menimbulkan kebencian dan dendam..

    ReplyDelete
  3. Manusia yang pada mulanya baik akan sedikit sebanyak terkesan juga bila orang lain melemparkan kata kesat kepada ahli keluarga terutama mak ayah. Jika masyarakat lebih bertimbang rasa dan tidak tuli menuduh, rasanya perkara ini tidak berlaku.

    Siqah setuju dengan komen Sha. Bukan nak bela tertuduh tapi kata-kata masyrakat yang menyebabkan tertuduh jadi begitu. Huhu

    ReplyDelete
  4. Hurmm sebab dendam boleh berlaku pembunuhan.. Jadi, kesimpulannya, jagalah kata-kata supaya org sekeliling tak terasa dan menyimpan dendam.. Kelak buruk padahnya.. Ia melibatkan 2 pihak.. Satu pihak terasa dgn kata-kata kesat dan satu pihak lagi menerima padah dek kerana kata-kata kesat yg dilemparkannya tu.. Muhasabah diri..

    ReplyDelete
  5. multiple stab injuries to the chest, lungs and heart

    i can not imagine how painful is this.tapi itu la kerana mulut badan binasa..
    nmpk sngt tertuduh terlalu sygkan keluarga hingga sanggup buat apa saja demi keluarga....
    thanks sis for this sharing
    would like to read MOREEEE

    ReplyDelete
  6. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!