image1 image2 image3

HELLO I'M LZ|WELCOME TO MY BLOG|LADY IN RED PLANNER|THIS IS LIFESTYLE BLOG | HOPE YOU ENJOY READING | THANK YOU, HAVE A GREAT DAY!

DUGAAN HIDUP

DUGAAN HIDUP | Salam Jumaat. Setiap insan di dunia ini tidak dapat lari dari dugaan atau ujian hidup. Dugaan hidup yang dihadapi merupakan satu ujian untuk menentukan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Ujian ini tanda Allah sayang kepada kita. 

Dalam era kehidupan yang pantas berlalu, pelbagai ujian dan dugaan kita hadapi silih berganti. Setiap insan diuji dengan cara berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing.


Kekuatan iman, ketabahan dan kesabaran adalah antara doa yang perlu kita pohon kepadaNya setiap hari. Ramai insan telah pergi meninggalkan kita. Ada di kalangan kita tak mampu bertahan apabila berhadapan dengan ujian hidup dan akhirnya tewas.

“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Justeru, kita tidak mengetahui bagaimana ujian dan pengakhiran hidup kita.

 

Untuk pengetahuan tahun ini saya telah diuji dengan satu dugaan yang pada mulanya saya rasa tak  mampu lakukan. Kisah tersebut pernah saya ceritakan di sini. Syukur alhamdulillah ianya telah berakhir dan sehingga kini saya masih tak percaya bahawa saya mampu hadapinya. Terasa seperti satu keajaiban.

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” - (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..





Regards,

Share this:

CONVERSATION

26 comments:

  1. Allah takkan uji hambaNya diluar kemampuan seseorang.. kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam tak mampu hadapi kann E'in tapi dengan izinNya tak mustahil semua boleh berlaku..

      Delete
  2. Alhamdulillah...Allah menguji kita dan kita kena berikhtiar dan sesunggunya Dia tidak akan membiarkan kita selagi kita sujud dan tawakkal kepadaNya...InsyaAllah
    Semoga kita terus tabah dan diberkatiNya selalu kan LZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah, tepat sekali kak.. Terima kasih Kak for your support 😍😍

      Delete
  3. yea, setiap dugaan pasti ada sesuatu yang lebih baik buat kita... amin

    ReplyDelete
  4. Gelap...ada terangnya..hitam..pasti ada putihnya..pada setiap kepahitan....ya..ada juga nikmatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul apa PC nyatakan.. Semua kita sama2 dilindungiNya selalu.. Aminnn..

      Delete
  5. Hidup ini akan terus diuji...sabar dalam menempuhinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed saudara aRzMoHa..
      Terima kasih..

      Delete
  6. Thanks for sharing T_T
    semoga setiap ujian dapat kita lalui penuh sabar dan takwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Semoga kita sama2 dilindungiNya selalu Mrs Pip 💕..

      Delete
  7. Salam kenal.

    akak dah hidup almost 49 years..
    macam2 ujian. tapi berdepan dengan ujian kewangan pun benar2 mencabar diri..
    sekarang tinggal tahap berserah pada ALLAH saja.. INSYALLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Kak Azian,

      Semoga akak tabah menghadapi segala dugaan hidup & dipermudahkan segala urusan. Aminnnn..

      Delete
  8. Saya pun sedang menghadapi dugaan sekarang ni... waktu open house tengah meriah di sana sini, saya kena chicken pox plak... tapi sabar je la, dugaan ni kira kecik sgt la ni berbanding orang lain :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ewanthology cepat sembuh.. In shaa Allah, mgkn ada hikmah di setiap yang berlaku & kita tak tahu..Sabar okay..

      Delete
  9. Kita tak ada pilihan lain selan meneruskan dan kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Nini, life goes on..
      Doa yang baik-baik selalu..
      Aminnn..

      Delete
  10. Apapun dugaan yg Kita dapat, bersabarlah Dan berdoalah agar Kita dapat tempuhi dengan tabah. Insya Allah Ada ganjarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn..
      Betul apa yg mamapp nyatakan..

      Delete
  11. Alhamdulillah, kalau kita di pihak yang benar, Allah pasti tolong.

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Syukur alhamdulillah Tn. NA..
      Semoga urusan Tn. NA juga dipermudahkan.. Aminnn..

      Delete
  13. Setiap kita akan melalui ujian.. Semoga kita semua tabah melaluinya.. Keep on fighting LZ

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!